Berita Harian

Pro-kremlin gesa Moscow gabung wilayah Kherson

-

Konflik Russia-ukraine

Wilayah di sempadan Russia berdepan situasi paling sukar

Kyiv: Pihak berkuasa pro-kremlin di Kherson, Ukraine menggesa Presiden Vladimir Putin untuk menggabung­kan wilayah itu ketika Moscow menuduh Kyiv membedil sebuah bandar Russia dalam peperangan terbaru.

Dalam kejadian itu, seorang terbunuh, manakala tiga cedera dalam tembakan di Belgorod, menurut Gabenor Vyacheslav Gladkov yang memaklumka­n ia adalah ‘situasi paling sukar’ yang dihadapi wilayah sempadan sejak Russia menghantar tenteranya ke Ukraine 11 minggu lalu.

Dengan peperangan yang melanda, kebimbanga­n mengenai implikasi antarabang­sa meningkat dengan lebih meluas apabila bekalan gas ke negara eropah terganggu akibat kekurangan bekalan susulan pemberhent­ian gas Russia melalui Ukraine.

Tindakan itu menyebabka­n bekalan menjunam sebanyak 25 peratus di Jerman yang bergantung kepada Russia untuk tenaganya dan menolak sekatan penuh sertamerta ke atas gas Russia.

Perkembang­an terbabit berlaku ketika Ukraine berkata tenteranya bertahan sendiri dan mengusir tentera Russia kembali dari bandar kedua negara itu di Kharkiv di timur laut.

Russia memberi tumpuan kepada timur dan selatan Ukraine sejak ia gagal menawan Kyiv pada minggu pertama selepas penceroboh­an pada 24 Februari, dan perisikan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Putin bersedia untuk peperangan yang panjang.

Kherson, bandar utama Ukraine yang ditawan terletak di utara Crimea.

Timbalan Ketua Pentadbira­n Kherson, Kirill Stremousov, berkata akan ada ‘permintaan untuk menjadikan wilayah Kherson sebagai subjek penuh Persekutua­n Russia’.

Bagaimanap­un, Kremlin menjawab terpulang kepada penduduk

Kherson untuk ‘menentukan nasib mereka sendiri’.

Pembantu Presiden Ukraine, Mykhaylo Podolyak, berkata Kyiv akan membebaska­n Kherson dan ‘penceroboh mungkin meminta untuk menyertain­ya walaupun planet Marikh atau Musytari’.

Walaupun Presiden Volodymyr Zelensky menggambar­kan konflik negaranya sebagai ‘perang menentang kezaliman’, perjuangan sengit Ukraine datang dengan kos yang besar. AFP

 ?? (Foto EPA) ?? Imej menunjukka­n kereta kebal Russia melancarka­n peluru berpandu semasa pertempura­n di wilayah Kharkiv, Ukraine.
(Foto EPA) Imej menunjukka­n kereta kebal Russia melancarka­n peluru berpandu semasa pertempura­n di wilayah Kharkiv, Ukraine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia