Berita Harian

Komander Ukraine rayu Elon Musk bantu penduduk di Mariupol

-

Kyiv: Seorang komander Ukraine di Mariupol merayu secara terus kepada individu terkaya di dunia, Elon Musk, meminta beliau campur tangan bagi pihak mereka yang terperangk­ap oleh tentera Russia yang mengawal bandar selatan itu.

Peperangan sejak tiga bulan lalu memusnahka­n pelabuhan strategik itu dengan rakyat Ukraine mengekalka­n penentanga­n daripada dalam loji keluli di Azovstal, selepas berminggu pertempura­n berdarah berlaku.

Serhiy Volyna, komander Briged Marin Berasingan ke-36, kelmarin berkata beliau membuka akaun Twitter semata-mata untuk menghubung­i Musk.

“Orang ramai mengatakan anda datang dari planet lain untuk mengajar mereka mempercaya­i perkara yang mustahil.

“Planet kita bersebelah­an kerana saya tinggal di tempat yang hampir mustahil untuk bertahan. Bantu kami keluar dari Azovstal ke negara pengantara. Jika bukan anda, siapa lagi?” kata Volyna melalui ciapan kepada Musk.

Beliau meminta ‘setiap orang di planet bumi’ untuk membantu memastikan Musk melihat rayuan berkenaan.

Awal minggu ini, Kyiv berkata, lebih 1,000 tenteranya kebanyakan­nya cedera kekal di loji

Serhiy Volyna

Azovstal yang luas dengan berlindung di rangkaian kubu dan terowong era Soviet dari Russia yang kini menguasai Mariupol.

Wanita, kanak-kanak dan warga emas sudah dipindahka­n daripada kawasan yang dikepung itu sebagai sebahagian daripada misi kemanusiaa­n yang diselarask­an Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu

(PBB) dan Palang Merah.

Twitter, yang ingin dibeli Musk dalam perjanjian bernilai AS$44 bilion, menyaksika­n lonjakan jumlah pengguna akibat perang di Ukraine, dengan orang ramai menggunaka­n perkhidmat­an media

Elon Musk sosial itu untuk mencari berita dan sokongan, demikian menurut syarikat berkenaan.

Musk, yang mempunyai lebih 92 juta pengikut sebelum ini menggunaka­n platform itu untuk mencabar Presiden Russia, Vladimir Putin untuk ‘pertempura­n tunggal’ ke atas Ukraine.

Bulan lalu, ketua Tesla kelahiran Afrika Selatan itu memberi maklum balas kepada rayuan Ukraine untuk perkhidmat­an internet, dengan mengaktifk­an perkhidmat­an jalur lebar satelit Starlink miliknya dan menghantar peralatan untuk membantu membawa sambungan ke kawasan yang diserang tentera Russia. AFP

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia