Berita Harian

Guardiola julang De Bruyne

-

De Bruyne merembat ke arah gawang untuk gol ketiga pasukannya pada minit ke-24 pada aksi EPL menentang Wolves di Stadium Molineux, Wolverhamp­ton, kelmarin. City menang 5-1 termasuk empat menerusi De Bruyne.

Liga Perdana Inggeris

4 gol bantu City atasi Wolves, kekal dahului Liverpool

Wolverhamp­ton: Pep Guardiola menggambar­kan prestasi Kevin De Bruyne sebagai ‘lebih daripada sempurna’ selepas pemain Belgium itu meledak empat gol ketika membelasah Wolves 5-1 yang membawa Manchester City semakin menghampir­i gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Pep Guardiola

kini tiga mata di depan Liverpool berbaki dua perlawanan dan perbezaan gol mereka lebih tujuh berbanding The Reds.

City hanya memerlukan empat mata daripada kunjungan ke West Ham, Ahad ini dan Aston Villa pada hari terakhir musim untuk dimahkotak­an sebagai juara buat kali keempat dalam lima tahun.

Dan dengan prestasi ditunjukka­n De Bruyne, mereka boleh berehat seketika apabila bintang Belgium itu menampilka­n persembaha­n terbaiknya bagi membenam tuan rumah menerusi hatrik dalam tempoh 24 minit.

“Babak kedua liga lebih daripada sempurna," kata Guardiola mengenai prestasi De Bruyne.

“Dia hebat. Dia sentiasa ada naluri untuk membuat hantaran, tapi dia kini lebih tajam. Dia ada naluri untuk menjaringk­an gol. Dia banyak menjaringk­an gol, ini menjadikan dia terhebat,”.

Kelmarin, City mendedahka­n mereka berjaya mengatasi kelab utama Eropah yang lain bagi mendapatka­n tandatanga­n Erling Haaland. Bagaimanap­un pemain Norway itu sendiri pastinya bergelut untuk melakukan penyudah daripada kedua-dua kaki seperti dilakukan De Bruyne.

“Kaki kanan saya lebih kuat tetapi saya tidak takut untuk menyepak dengan kaki kiri kerana ia boleh mencipta masalah buat lawan,” kata De Bruyne.

“Apabila anda ada peluang, jangan teragak-agak.” Hatrik De Bruyne adalah ketiga terpantas dalam sejarah EPL dan pertama sejak dia bermain buat Genk 11 tahun lalu.

Sementara itu, Chelsea hampir layak beraksi di Liga Juarajuara musim depan selepas mencatatka­n kemenangan 3-0 ke atas Leeds yang sedang bergelut. Skuad Thomas Tuchel menang buat kali pertama sejak konsortium Todd Boehly bersetuju membeli Chelsea daripada Roman Abramovich minggu lalu.

Piala Itali

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia