Berita Harian

Malaysia kekal kuasa besar

-

Terjun

Hanoi: Kem terjun negara terus menjadi kuasa besar Sukan SEA apabila muncul juara keseluruha­n edisi ke-31 temasya dwi tahunan itu di sini, dengan kutipan lapan pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.

Kejayaan itu secara tidak langsung membenarka­n Malaysia memegang status berkenaan buat kali kesembilan berturut-turut sejak tahun 2005.

Pengurus pasukan, Datuk Leong Mun Yee, nyata gembira dengan prestasi dipamerkan penerjun negara yang dibarisi gabungan atlet muda dan berpengala­man.

“Kami menyasarka­n lapan emas dan empat gangsa tetapi kami berjaya melepasi sasaran dengan lapan emas, tiga perak dan satu gangsa. Jadi saya berpuas hati dengan prestasi keseluruha­n,” kata Mun Yee.

“Kami membariska­n seorang penerjun senior dan satu penerjun muda (dalam setiap acara). Ini langkah pertama untuk memberikan penerjun muda kita menerima pengalaman di peringkat Sukan SEA.

“Ia adalah Sukan SEA pertama buat penerjun seperti Ong Ker Ying dan Bertrand Rhodict Lises namun masih ada ruang penambahba­ikan

Pandelela (kanan) dan Nur Dhabitah bersama pingat emas yang dimenangi pada acara akhir 10 Meter platform seirama wanita, semalam.

buat mereka, saya fikir mereka berjaya mengawal pertanding­an dengan baik.

“Bagi Ker Ying, saya percaya dia masih boleh meningkat daripada sudut terjunan individu manakala Rhodict, dia adalah penerjun platform tetapi masih boleh memenangi gangsa walaupun mempunyai kekangan dari segi persiapan,” katanya.

Rhodict menamatkan saingan di tempat ketiga dalam acara 1 meter (m) papan anjal individu yang dimenangi atlet senior, Ooi Tze Liang. Ker Ying yang berganding­an bersama atlet senior, Wendy Ng pula memenangi acara 3m papan anjal seirama wanita.

Mun Yee dalam pada itu percaya gandingan Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita mampu dipertingk­atkan lagi pada masa akan datang.

Gandingan itu kembali bersama tahun ini selepas Mun Yee dan Cheong Jun Hoong mengumumka­n persaraan. Pandelela dan Nur Dhabitah pernah digandingk­an di Sukan Komanwel sebelum ini. Mereka bagaimanap­un, mempunyai kekangan masa untuk mempersiap­kan diri bersama bagi Sukan SEA,” katanya.

“Saya fikir, mereka mampu menjadi lebih baik daripada sudut terjunan individu dan keserentak­an. Saya jangka mereka dapat lebih meningkat sebelum Sukan Asia dan Komanwel yang terdekat ini kerana mereka mempunyai masa untuk mempersiap­kan diri.”

Nur Dhabitah juga memenangi acara 1m papan anjal individu di Hanoi manakala Muhammad Syafiq Puteh dan Wendy masingmasi­ng memenangi acara 3m papan anjal.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia