Berita Harian

‘Forestiere pemain terbaik’

- Oleh Mohd Amin Jalil

Gol tunggal atasi NSFC bantu JDT lonjak ke persada

bhsukan@bh.com.my

Seremban: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memuji persembaha­n Fernando Martin Forestiere yang berjaya menyelamat­kan maruah pasukan itu hasil jaringan tunggal menewaskan Negeri

Liga Super

Piala Thomas

Sembilan FC (NSFC), 1-0 dalam aksi Liga Super, di sini, kelmarin.

Sambil mengakui aksi luar biasa dipamerkan anak buah K Devan dalam pertembung­an di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu, beliau menyifatka­n Forestiere adalah pemain terbaik skuad bimbingann­ya pada aksi itu.

“Fernando muncul penyelamat bagi kita dan dia adalah pemain terbaik malam ini,” katanya.

Ketika perlawanan dilihat hampir mencatatka­n keputusan seri, Forestiere muncul wira

JDT apabila melakukan sepakan di jarak kira-kira 30 meter dari luar kotak penalti yang menerjah penjuru gawang gol NSFC ketika masa tambahan 10 minit.

Kemenangan itu meletakkan skuad Harimau Selatan kembali menerajui carta Liga Super selepas menghimpun 15 mata hasil lima kemenangan berturut-turut, manakala NSFC di tangga kedua dengan 14 mata selepas tujuh perlawanan.

Mora turut menyifatka­n sikap tidak berputus asa anak buahnya untuk mendapatka­n gol walaupun dalam masa tambahan dan sebelum wisel penamat ditiup pengadil, antara faktor utama yang membantu jaringan kemenangan itu.

Sementara itu, Devan mengakui pencapaian skuad bimbingann­ya setakat ini dengan mendominas­i dua tangga teratas carta liga adalah tidak dijangka, malah berada dalam kedudukan itu juga disifatkan­nya sebagai satu kejutan.

Katanya, kejayaan memenangi empat perlawanan dan dua seri ketika ini adalah terjemahan keyakinan serta semangat berpasukan yang tinggi kalangan pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia