Berita Harian

Zii Jia optimis Momota bangkit

-

Forestiere (kiri) diasak pemain Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin. JDT menang 1-0 menerusi jaringan Forestiere.

Kuala Lumpur: Jaguh perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia percaya bintang sensasi Jepun, Kento Momota akan kembali bangkit seperti ketika era kegemilang­annya sebelum prestasiny­a merudum selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Januari 2020.

Kelmarin, Zii Jia berjaya merekodkan kemenangan keempat ke atas Momota ketika membantu Malaysia menundukka­n Jepun 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan D saingan Piala Thomas di Bangkok.

Bagaimanan­pun, Momota masih kekal memegang rekod kemenangan ke atas Zii Jia apabila menang lapan daripada keseluruha­n 12 pertemuan setakat ini.

Zii Jia yang juga pemain nombor enam dunia berkata biarpun ketika ini Momota dilihat bergelut dengan prestasi tidak menentu namun percaya masa akan tiba buat bekas juara dunia dua kali itu untuk mencetuska­n kebangkita­n dan kekal menjadi pencabar utama badminton dunia.

“Saya fikir itu bukan prestasi terbaiknya. Seperti saya katakan sebelum ini, ada masa kita akan bermain dengan prestasi terbaik dan adakala tidak. Sekarang mungkin dia sedang bergelut tetapi saya percaya dia akan bangkit. Dia adalah seorang yang memiliki karakter yang kuat.

“Dia salah seorang pemain yang digantung selama setahun dan perlu bermula dari kosong tetapi selepas itu menjadi pemain nombor satu dunia. Jadi, saya fikir apa yang dilaluinya ketika ini bukan satu masalah besar untuk dia atasinya,” kata Zii Jia.

Pada 2016, Momota digantung selama 15 bulan oleh Persatuan Badminton Jepun kerana didapati berjudi dan sebaik tamat penggantun­gannya dia berjaya merekodkan sembilan kejuaraan dalam 11 aksi final yang disertainy­a dalam tempoh setahun.

Dia juga berjaya muncul juara dunia pada 2018 sebelum mempertaha­nkan gelaran itu setahun kemudian dan muncul sebagai pemain nombor satu dunia.

Bagaimanap­un, malang menimpa Momota apabila dia terbabit dengan kemalangan jalan raya selepas merangkul gelaran Masters Malaysia pada Januari 2020 dalam perjalanan ke lapangan terbang yang menyaksika­n dia mengalami kecederaan serius.

Selepas kembali beraksi dalam kejohanan kompetitif pada awal tahun lalu, Momota hanya berjaya merekodkan satu gelaran juara iaitu di Masters Indonesia 2021 dan naib juara Terbuka Denmark 2021. Dia juga terlepas peluang meraih emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ogos tahun lalu apabila tersingkir di pusingan pertama.

 ?? (Foto ihsan
FB Johor Southern Tigers) ??
(Foto ihsan FB Johor Southern Tigers)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia