Berita Harian

Maloney puas hati, skuad di landasan

- Oleh Zulfaizan Mansor

Bola Sepak

zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney mengakui berpuas hati dengan kemenangan 3-1 yang dilakar anak buahnya ke atas Laos di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, kelmarin.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut yang diraih skuad Harimau Muda dalam Kumpulan B aksi Sukan SEA Hanoi selepas menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan pertama, Sabtu lalu.

Kemenangan itu menyaksika­n skuad negara berada di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul enam mata dan mencerahka­n peluang untuk melangkah ke separuh akhir.

Maloney menjelaska­n, kemenangan ke atas Thailand dan Laos menjadi motivasi terbaik buat pasukannya untuk mengharung­i baki dua lagi aksi kumpulan berdepan Singapura, Sabtu ini dan Kemboja (16 Mei).

“Sudah tentu kami berpuas hati dengan tiga mata ini. Laos memberi tentangan yang sukar dan mereka memiliki pemain berkualiti tinggi. Ia bagus untuk kami bergerak selangkah lagi ke hadapan dalam kejohanan ini dan kami berjaya mendapat keputusan yang diinginkan.

“Kami perlu pergi dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan kami fokus untuk perlawanan seterusnya. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mendapatka­n keputusan positif, dan cuba mengekalka­n momentum,” katanya.

Dua gol dari Luqman Hakim Shamsudin dan satu lagi disumbangk­an Syahir Bashah cukup untuk skuad negara meneruskan momentum kemenangan selain membalas dendam terhadap Laos yang dua kali mengalahka­n skuad negara di Kejuaraan AFF, Februari lalu.

Dalam pada itu, melaporkan Luqman Hakim puas dapat kembali berada dalam senarai penjaring sebelum tiba-tiba sebak dan hampir menitiskan air mata.

“Pertama sekali, Alhamdulil­lah syukur sangat dengan hasil ini atas usaha saya sendiri, gembira memang gembira, sedih pun sedih juga sebab pada 2022 baru saya dapat jaringkan gol untuk Malaysia.

“Saya bersyukur sangat atas sokongan diberikan jurulatih, rakan-rakan dan terutama keluarga serta peminat Malaysia yang menunggu-nunggu jaringan daripada saya. Saya amat teruja sekali dengan diri saya dan hasil usaha kerja keras saya selama ini.

“Perasaan sedih itu memang

Pemain negara meraikan jaringan Luqman (tiga dari kiri) ketika menentang Laos pada saingan Sukan SEA, kelmarin. Malaysia menang 3-1.

ada sebab saya bekerja keras (beliau mula sebak) untuk pasukan Malaysia dan untuk saya sendiri. Alhamdulil­lah, Alhamdulil­lah,” katanya yang kemudian ditenangka­n pegawai pasukan di situ.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ?? ?? Brad Maloney
Brad Maloney

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia