Berita Harian

Malaysia, AS sepakat banteras isu buruh paksa

Jawatankua­sa khas dibentuk laksana pelbagai langkah tangani permasalah­an

- Oleh Azhar Shahrulniz­am bhnews@bh.com.my

Washington: Sebuah jawatankua­sa kerja akan ditubuhkan Malaysia dan Amerika Syarikat, yang diwakili Jabatan Kastam dan Perlindung­an Sempadan Amerika Syarikat (US CBP) dalam kerjasama strategik kedua-dua negara, bagi membantera­s isu buruh paksa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata jawatankua­sa yang akan bertemu setiap tiga bulan itu, akan memberi tumpuan terhadap aspek pertukaran maklumat berhubung elemen buruh paksa.

Beliau berkata, ia termasuk merangka dasar menyokong inisiatif menghapusk­an kegiatan itu.

“US CBP dijangka mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada penghujung bulan ini dan menganjurk­an bengkel bersama penggerak industri.

“Antara lain, bengkel ini akan memberi penerangan berhubung perkara berkaitan elemen buruh paksa yang perlu dielak oleh penggerak industri.

“Ia bagi memastikan produk mereka tidak disekat untuk memasuki ke pasaran Amerika Syarikat (AS),” katanya yang sedang dalam lawatan kerja ke Washington menerusi kenyataan dikeluarka­n di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam lawatannya, beliau turut bertemu Penolong Eksekutif Pesuruhjay­a Perdaganga­n US CBP, Annmarie Highsmith dan Timbalan Setiausaha Bahagian Biro Hal Ehwal Buruh Antarabang­sa (ILAB) Jabatan Buruh AS (US DOL), Thea Lee.

Saravanan berkata, kunjungan ke AS membuka peluang kerjasama dua hala dalam membendung gejala buruh paksa dan turut menjadi platform bagi negara itu lebih memahami cabaran dihadapi Malaysia dalam menangani isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak.

Katanya, pertemuan yang berlangsun­g membolehka­n pihaknya berkongsi inisiatif kementeria­n dalam menangani hampir keseluruha­n indikator buruh paksa yang disenaraik­an Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO).

“Ia merangkumi penahanan dokumen pengenalan diri, kerja lebih masa berlebihan dan penahanan gaji,” katanya.

Beliau berkata, US DOL bersetuju berkongsi kepakaran dalam aspek perpindaha­n teknologi, bina upaya dan program perantis.

Katanya, US DOL turut menyaranka­n Malaysia memberi pendedahan kepada pekerja mengenai kepentinga­n berkesatua­n, selaras pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang akan dibentangk­an di Parlimen pada Julai depan.

 ?? (Foto ihsan FB Kementeria­n Sumber Manusia) ?? M Saravanan mengadakan pertemuan dengan Thea Lee di Washington, semalam.
(Foto ihsan FB Kementeria­n Sumber Manusia) M Saravanan mengadakan pertemuan dengan Thea Lee di Washington, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia