Berita Harian

Beberapa undang-undang lapuk perlu diteliti semula

-

Kota Tinggi: Beberapa undang-undang negara ini perlu diteliti semula oleh kerajaan kerana dilihat sudah lapuk dan tidak seiring peredaran masa.

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perkara itu bagi membolehka­n sistem pentadbira­n negara ini berkembang maju, di sebalik sistem perundanga­n negara yang lebih efisyen dan dikemaskin­i.

“Saya hendak maklumkan, saya akan bercakap kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kita ini ke arah tahun 2022, 2023 banyak undang-undang lapuk kita kena tengok semula.

“Negara kita ini banyak undang-undang zaman kolonial British, kena lihat perubahan zaman jadi perkara (undang-undang) ini kita kena ubah.

“Kena betul-betul buat penilaian supaya Parlimen yang membuat undang-undang itu lebih progresif, jadi kerajaan hari ini berkomprom­i banyak atas satu perubahan. Saya lihat itu pendekatan yang baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Parlimen Pengerang di Dewan Kejora, Bandar Penawar di sini, semalam.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, berkata perkara itu akan menjadi asas terbaik yang akan dibincangk­an selepas Rang Undang Undang (RUU) Larangan Bertukar Parti berjaya digubal.

Beliau yakin perkara mengenai RUU Larangan Bertukar Parti akan diselesaik­an sepenuhnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Masalah sekarang ini jenis lompat ada dua. Satu lompat dengan niat, kedua dipaksa lompat seperti dipecat daripada parti dan sebagainya. Isu pemecatan ini perlu dirujuk juga sebagai pendekatan seterusnya, sebab kita sendiri tahu di bawah Perlembaga­an.

“Selepas ahli Parlimen itu angkat sumpah, Perkara 43 memberikan banyak budi bicara dan kuasa. Apabila dalam dewan, ahli Parlimen itu mewakili diri dia, lebih daripada parti, bila luar dewan dia mewakili parti, itu yang kadang-kadang masalah di antara parti dengan pengundi.

“Itu sebabnya kerajaan bercakap mengenai lompat parti supaya rakyat boleh tahu apa yang diundi itu yang dia dapat. Kalau orang (wakil rakyat) itu lompat atas apa sebab, kerusi itu perlu dipertandi­ngkan semula.

“Bagi saya ini pendekatan lebih adil, supaya rakyat tidak rasa tertipu, saya melihat isu lompat parti ini sebagai satu yang positif terutama di bawah kerajaan PM sekarang ini,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Azalina (kanan) beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Bandar Penawar, semalam.
(Foto BERNAMA) Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Azalina (kanan) beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Bandar Penawar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia