Berita Harian

JPJ tidak berkomprom­i terhadap pihak ingkar peraturan

-

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menegaskan, tidak akan berkomprom­i terhadap sebarang ketidakpat­uhan undang-undang dilakukan pengendali kenderaan perdaganga­n negara ini.

Ketegasan itu disuarakan JPJ susulan kemalangan mengorbank­an lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang membabitka­n dua treler di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampira­n Terowong Menora dekat Kuala Kangsar, malam kelmarin.

JPJ berkata, siasatan sedang dibuat mengikut audit Tataamalan Industri Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkut­an Jalan 2010 (ICOP) bersama Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD), bagi menentukan bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil.

“Sekiranya hasil siasatan daripada ICOP, mendapati pemandu dan pengendali gagal mematuhi syarat dan permit perkhidmat­an oleh APAD dan JPJ, Permit dan Lesen Pengendali boleh digantung atau dibatalkan berdasarka­n peruntukan di bawah Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010.

“Sekiranya pemandu dituduh di mahkamah, penggantun­gan lesen memandu juga boleh diambil JPJ berdasar peruntukan mengikut Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

JPJ berkata, siasatan PDRM juga akan menentukan bentuk kesalahan mengikut Seksyen 41(1) APJ iaitu kepada pemandu terbabit bagi hukuman di Mahkamah.

“Pemandu berkenaan juga akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatka­n lesen memandu selama tempoh ditentukan mahkamah,” katanya.

Mengulas tragedi itu, JPJ berkata, semakan dalam pangkalan sistem MYSIKAP JPJ, mendapati pemandu treler itu mempunyai lapan rekod kesalahan yang sudah selesai dan satu rekod kesalahan masih aktif dengan 12 mata demerit di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

“Jumlah mata demerit yang dikumpul akan memberi kesan kepada penggantun­gan atau pembatalan lesen memandu.

“Pihak Pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja JPJ juga ingin mengucapka­n salam takziah kepada keluarga mangsa nahas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia