Berita Harian

Padanan rekod pergigian kenal pasti 3 lagi mangsa

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Lima pelajar USAS maut nahas

Ujian DNA dilakukan jika pemeriksaa­n gagal tentukan identiti bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) akan dibuat terhadap mayat tiga daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang menjadi korban nahas di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, awal pagi Khamis, jika pemeriksaa­n dan padanan rekod pergigian yang dilakukan semalam, gagal mengenal pasti identiti mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, berkata bedah siasat terhadap mayat ketiga-tiga mangsa sudah selesai sebelum proses identifika­si kini beralih kepada pengesahan berdasarka­n pemeriksaa­n dan padanan rekod pergigian.

“Bedah siasat sudah selesai petang ini dan sekarang dalam pemeriksaa­n rekod pergigian untuk pengenalan identiti mangsa berdasarka­n data masing-masing yang sudah diperoleh.

“Sekiranya ada padanan atau persamaan (rekod pergigian), maka identiti tiga jenazah itu boleh dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Beliau berkata, jika padanan rekod pergigian gagal mengesahka­n identiti mayat, langkah seterusnya adalah beralih kepada melalui ujian DNA yang akan dijalankan makmal Jabatan Kimia di Cheras, Kuala Lumpur.

Jenazah tiga daripada lima pelajar mangsa adalah Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; yang kini masih berada di Unit Forensik Hospital Taiping sejak kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Omar Bakhtiar berkata, sebagai persiapan, semua waris atau keluarga terdekat mangsa terbabit sudah memberikan sampel untuk ujian DNA itu.

Pengurusan jenazah dua daripada mangsa nahas iaitu Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, sudah selesai selepas identiti kedua-duanya disahkan melalui penemuan kad pengenalan pada mayat masing-masing mereka selain kedua-duanya sudah selamat dikebumika­n.

Jenazah Ahmad Akmal dilapor sudah dibawa pulang selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau, Kampung Kedah, Parit Buntar, pada jam 11.20 malam kelmarin, manakala jenazah Ahmad Naim Najmi juga sudah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kijal, di Chukai, Terengganu kira-kira 8.15 pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.52 tengah malam, awal pagi Khamis itu, lima pelajar USAS yang menaiki kereta Honda City rentung, selepas kenderaan dinaiki terbakar akibat dirempuh sebuah treler muatan besi dari arah belakang ketika melalui kawasan penyelengg­araan lebuh raya dikendalik­an PLUS Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia