Berita Harian

Ahmad Naim dikebumi dekat pusara datuk

-

Chukai: Suasana pilu menyelubun­gi pengebumia­n jenazah pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, antara mangsa terkorban dalam nahas di Kilometer 245.2, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi Khamis, ketika disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Kijal di sini, pagi semalam.

Jenazah Ahmad Naim Najmi, 21, dikebumika­n berhampira­n pusara datuknya, Abdullah Sulong, kira-kira pukul 8 pagi dengan kehadiran kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan termasuk Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Pembanguna­n Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat.

Ahli keluarga mangsa kelihatan sebak selepas talkin dibacakan. Terdahulu, jenazahnya yang dibawa pulang ke Kemaman selepas disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, tiba di rumah neneknya dekat Kampung Penunjuk Kijal kira-kira jam 3.15 pagi sebelum disolatkan sekali lagi selepas solat Subuh.

Ibu Ahmad Naim, Shamila Abdullah, 44, menzahirka­n ucapan terima kasih kepada semua pihak, termasuk USAS yang membantu dari awal sehingga jenazah anaknya selamat dikebumika­n.

“Saya bersyukur urusan perjalanan akhir anak saya dipermudah­kan dan terima kasih kepada semua yang membantu semoga Allah membalas jasa baik kalian semua,” katanya.

Ahmad Hafizan bersama anak menyiram air mawar di pusara Ahmad Naim di Tanah Perkuburan Islam Kijal, Chukai, semalam.

Shamila berkata, arwah anaknya itu pulang beraya Aidilfitri di rumahnya di Kemaman selepas dua tahun tidak beraya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an kerajaan.

“Pada saya, dia (arwah) tidak menunjukka­n perbuatan yang pelik, namun suami saya, Ahmad Hafizan Abdul Rahman,49, perasan arwah kelihatan kurang bercakap berbanding sebelum ini.

“Pada hari raya ketiga lalu ketika pulang beraya di rumah keluarga suami di Sungai Lembing Pahang arwah kelihatan berselera dan makan dengan banyak,” katanya.

Katanya, pada malam sebelum kejadian, arwah ada menghubung­i dan memaklumka­n dia (arwah) ke Ipoh bersama rakan-rakan untuk makan malam serta membeli buku.

“Kira-kira jam 3 pagi, saya menerima panggilan telefon daripada rakan arwah yang memaklumka­n anak saya itu terbabit dalam kemalangan

“Saya sangat sedih kehilangan arwah kerana arwah merupakan anak sulong saya dan dia menjadi harapan saya dan contoh kepada tiga adiknya yang lain,” katanya.

Selain Ahmad Naim, empat lagi rakannya yang turut tertkorban dalam nahas itu ialah Muhammad Nasrun Aidul Munir Akhbar, 22, Iqbal Hasnun Halimi,23, Muhammad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Sementara itu, jenazah Ahmad Akmal selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau, Kampung Kedah, Parit Buntar, pada jam 11.20 malam kelmarin.

Sementara itu, jenazah Iqbal Hasnun akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam di Saleng, Senai, selepas proses bedah siasat dan keputusan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) diperoleh.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ??
(Foto Ghazali Kori/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia