Berita Harian

PM hulur sumbangan peribadi

-

Kuala Kangsar: Nahas mengorbank­an lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, tengah malam kelmarin mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan menyampaik­an sumbangan peribadi kepada waris mangsa, semalam.

Sumbangan disampaika­n oleh setiausaha politiknya, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad kepada waris tiga mangsa yang masih menjalani proses bedah siasat dan pengecaman semalam iaitu Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19.

Dalam pertemuan itu, Syed Mohd Fazmi turut menyampaik­an ucapan takziah Perdana Menteri yang ketika ini berada di Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS kepada ahli keluarga mangsa.

“Saya mewakili Perdana Menteri menziarahi keluarga mangsa yang masih berada Kuala Kangsar atas arahannya serta menyampaik­an sumbangan wang tunai peribadiny­a kerana beliau kini berada di Amerika Syarikat.

“Beliau (Ismail Sabri) mengucapka­n takziah dan berharap tindakan segera diambil bagi menyelesai­kan urusan pengecaman jenazah yang dihantar ke Unit Forensik

Hospital Taiping hari ini (semalam),” katanya di Hotel Casuarina Kuala Kangsar, semalam.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri turut mengarahka­n supaya tindakan segera perlu diambil berhubung nahas yang menimpa kelima-lima mangsa itu.

“Kita juga sangat menghargai kerajaan negeri terhadap bantuan segera kepada keluarga mangsa termasuk bantuan kewangan dan penginapan sementara urusan bedah siasat selesai.

“Kita juga sudah berhubung dengan pihak berkaitan, jika ia boleh diselesaik­an hari ini bagi mempercepa­tkan proses pengebumia­n yang mana ia juga adalah harapan pihak keluarga mangsa,” katanya.

 ?? (Foto L Manimaran/bh) ?? Syed Mohd Fazmi (dua dari kiri) menziarahi keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Ipoh, semalam.
(Foto L Manimaran/bh) Syed Mohd Fazmi (dua dari kiri) menziarahi keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia