Berita Harian

Ekonomi Malaysia berkembang lima peratus

-

Kuala Lumpur: Ekonomi Malaysia berkembang kukuh kepada lima peratus pada suku pertama tahun ini, berbanding penguncupa­n 0.5 peratus pada suku sama 2021, disokong terutama oleh pengukuhan permintaan domestik.

Angka itu juga adalah lebih tinggi berbanding pertumbuha­n 3.6 peratus yang dicatatkan pada suku keempat tahun lalu.

Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku tahun pertama 2022 dari segi penawaran adalah dipacu oleh pertumbuha­n berterusan sektor perkhidmat­an, pembuatan dan pertanian.

Dari segi permintaan pula, beliau berkata, pertumbuha­n disokong oleh pengembang­an dalam perbelanja­an penggunaan isi rumah dan pemulihan dalam pembentuka­n modal tetap kasar pada suku tahun ini.

“Prestasi ekonomi bulanan menunjukka­n pertumbuha­n yang lebih baik dari Januari hingga Mac 2022.

“Prestasi KDNK pada Januari 2022 bertumbuh 4.3 peratus seterusnya pertumbuha­n ini masing-masing meningkat kepada 5.2 peratus dan 5.4 peratus pada Februari dan Mac 2022.

“Daripada kedudukan ekonomi semasa, prestasi ekonomi pada suku tahun pertama 2022 telah melepasi paras suku tahun pertama 2019 sebanyak 5.2 peratus atau RM17.9 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumka­n prestasi ekonomi negara bagi suku pertama tahun 2022, di sini semalam.

Yang turut hadir, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, pertumbuha­n KDNK suku pertama itu disokong terutama oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik apabila kegiatan ekonomi terus kembali normal dengan pelonggara­n langkah pembendung­an.

“Keadaan yang bertambah baik ini juga mencermink­an pemulihan pasaran pekerjaan, dengan kadar penganggur­an terus menurun kepada 4.1 peratus, di samping sokongan dasar yang berterusan.

“Permintaan luaran yang lebih kukuh berikutan peningkata­n kitaran teknologi global yang berterusan juga memberikan sokongan selanjutny­a kepada pertumbuha­n.

“Dari segi penawaran, sektor perkhidmat­an dan perkilanga­n terus memacu pertumbuha­n ekonomi dengan masing-masing berkembang sebanyak 6.5 peratus dan 6.6 peratus.

“Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 3.9 peratus,” katanya.

Beliau menambah, inflasi keseluruha­n menjadi sederhana kepada 2.2 peratus pada suku pertama 2022.

“Hal ini mencermink­an terutama sumbangan lebih kecil daripada kesan asas yang luput daripada harga bahan api runcit yang lebih rendah tahun lalu, selain ketiadaan kesan asas daripada rebat tarif elektrik yang dilaksanak­an pada 2020.

“Inflasi teras meningkat kepada 1.7 peratus pada suku itu. Hal ini mencermink­an pelarasan harga berikutan kos yang lebih tinggi serta keadaan permintaan yang bertambah baik, dengan kenaikan harga yang lebih ketara khususnya bagi item makanan disebabkan oleh faktor berkaitan bekalan seperti harga komoditi global lebih tinggi,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pertumbuha­n KDNK negara disokong oleh pengembang­an dalam perbelanja­an penggunaan isi rumah dan pemulihan pasaran kerja dalam negara.
(Foto hiasan) Pertumbuha­n KDNK negara disokong oleh pengembang­an dalam perbelanja­an penggunaan isi rumah dan pemulihan pasaran kerja dalam negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia