Berita Harian

Unifi TV tawar 70 saluran premium, 5 aplikasi penstriman

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Nikmati langganan serendah RM60 sebulan dengan pek Ultimate

Kuala Lumpur: Bermula Mei ini, penyedia perkhidmat­an jalur lebar Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi unifi TV menyediaka­n tawaran baharu yang jauh lebih menarik dari segi nilai dan kandungann­ya.

Melalui pek Ultimate, dengan langganan serendah RM60 sebulan, pengguna dapat menikmati pengalaman tontonan menerusi lima rangkaian aplikasi penstriman hebat termasuk Disney+ Hotstar, bein SPORTS CONNECT, SPOTV NOW dan BBC Player tanpa caj tambahan, selain daripada aplikasi penstriman unifi Playtv.

Selain itu, pelanggan turut berpeluang menonton lebih 70 saluran premium berdefinis­i tinggi yang tersedia melalui perkhidmat­an itu.

Pek ini juga menawarkan harga yang amat berpatutan untuk pelanggan. Mereka yang berminat hanya perlu membayar serendah RM2 sehari untuk menonton pelbagai rancangan menarik melalui semua saluran dan aplikasi penstriman yang disediakan.

Bukan itu sahaja, unifi TV turut menawarkan langganan aplikasi penstriman secara ‘ala carte’ dengan bayaran dari RM5 sebulan.

Misalnya, bayaran tambahan bagi aplikasi Viu yang menampilka­n siri drama Korea, Melayu dan Asia, hanya serendah RM5 sebulan, sementara aplikasi Lionsgate Play yang menyediaka­n siri filem dan televisyen terbaik Hollywood, boleh dilanggan pada kadar RM7.50 sebulan, manakala Simply South yang menghidang­kan filem serta siri blockbuste­r Tamil dan Hindi, Cuma pada RM8.50 sebulan.

Justeru, bagi memenuhi kehendak pelanggan yang meliputi pelbagai usia, minat dan kehendak, pek Ultimate membolehka­n pelanggan menikmati lebih lapan kategori kandungan merangkumi global dan tempatan

Ini termasuk kandungan genre dari Korea dan Jepun, Bahasa Inggeris, bahasa Melayu, kanak-kanak, filem, sukan, berita, serta kandungan on demand melalui saluran berkenaan dan aplikasi penstriman.

Antara kandungan yang semakin mendapat tempat di hati penonton adalah genre Korea dan Jepun dengan enam saluran disediakan iaitu tvn, tvn Movies, K-plus, GEM, Arirang TV dan Animax.

Peminat drama Korea tentunya tidak mahu melepaskan peluang menyaksika­n siri romantik komedi berjudul Sh**ting Star yang akan disiarkan dalam tempoh 24 jam selepas disiarkan di Korea menerusi saluran tvn dan pelbagai lagi rancangan menarik lain.

Selain itu, di bawah kategori kandungan kanak-kanak, unifi TV turut memberikan pelbagai pilihan kepada peminat kartun dengan pelanggan pek Ultimate dapat menonton lima saluran hebat iaitu Nickelodeo­n, Nick Jr., Cbeebies, Boomerang dan Dreamworks.

Jika dibandingk­an dengan pesaing pembekal kandungan yang lain, jumlah saluran bagi genre Korea dan Jepun serta kanak-kanak adalah terhad kepada dua saluran sahaja.

Pek Ultimate turut menawarkan empat saluran khusus untuk peminat filem melalui Celestial Movies, CCM, HITS MOVIES dan Cinemaworl­d dengan filem-filem antarabang­sa. Antara filem-filem yang ditayangka­n ialah filem aksi Hong Kong berjudul Raging Fire dengan sari kata bahasa Melayu di Celestial Movies.

unifi TV juga menawarkan filem baharu terus dari panggung secara ‘On Demand’ dengan hanya RM10 satu filem seperti Spider-man: No Way Home.

Peminat kandungan bahasa Inggeris juga ditawarkan dengan lebih 12 seleksi saluran berkualiti HD merangkumi rancangan hiburan, informatif dan gaya hidup, antaranya menerusi HITS, AXN, BBC Lifestyle, Warner TV, Paramount Network, Travel Channel dan Love Nature.

Khas untuk penggemar sukan, menerusi pakej Ultimate, unifi TV menyediaka­n sembilan saluran khusus, iaitu tertinggi berbanding penyedia kandungan yang lain. Antaranya menerusi saluran unifi Sports 1 hingga 5 yang menyajikan kandungan seperti bola sepak Liga Malaysia dan sukan mixed martial arts UFC.

Selain itu di SPOTV, kejohanan Motogp disiarkan dengan alih suara dalam bahasa Melayu.

bein SPORTS pula adalah saluran terbaru yang menawarkan bola sepak liga Eropah seperti UEFA Champions League dan UEFA Europa League.

Sementara itu, untuk penggemar kandungan genre Melayu, saluran disediakan termasuk Hyppsensas­i, Hyppinspir­asi, Salam, Dunia Sinema dan DEGUP, manakala untuk berita, tujuh saluran berita antarabang­sa boleh ditonton iaitu BBC World News, Al Jazeera, CNA, Euronews, NHK-WORLD JAPAN, DW dan France24

Saluran dalam pek Ultimate ini dihimpunka­n khusus untuk semua ahli isi rumah, tanpa mengira usia. Tidak seperti pesaing pembekal kandungan lain yang hanya menawarkan kebanyakan­nya saluran radio dan saluran percuma dalam pek mereka, barisan saluran pek Ultimate terdiri daripada saluran premium dalam kualiti HD pada harga yang sama.

unifi TV juga menawarkan pelbagai pilihan rancangan kepada penonton melalui saluran secara langsung atau on demand.

Penonton tidak perlu lagi menonton rancangan yang sama berulang-kali dan sering tergendala dengan iklan.

Penambahba­ikan dari segi kandungan yang lebih mantap ini bertepatan dengan kempen unifi TV, ‘Jadikan Dunia Anda Luar Biasa dengan unifi’ dan amat berbaloi untuk pelanggan yang inginkan kepuasan maksimum dalam setiap tontonan.

 ?? ?? Antara rangkaian disediakan dalam pek Ultimate unifi TV.
Antara rangkaian disediakan dalam pek Ultimate unifi TV.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia