Berita Harian

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan diadakan di Kelantan

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-51 julung kali akan diadakan di Kelantan dan dijangka disambut dengan meriah selepas dua tahun tertunda akibat penularan COVID-19.

Seperti ‘membalas dendam’ tidak dapat menyambut sambutan berkenaan lebih dua tahun, Kementeria­n Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan untuk meraikan golongan pendidik itu selama lima hari.

Walaupun Hari Guru, lebih sinonim disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun, dengan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan itu, KPM melaksanak­an sambutan berkenaan bermula 12 Mei ini.

Malah, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan turut menerima tanggungja­wab untuk menjadi tuan rumah pada kali ini dengan pemilihan tempat di Universiti Malaysia Kelantan.

KPM memaklumka­n, pandemik COVID-19 turut memberi impak kepada sektor pendidikan, namun usaha berterusan yang dilakukan oleh kementeria­n mampu memastikan pelajar tidak tercicir dan meneruskan sesi pelajaran walaupun di rumah.

“Sambutan Hari Guru adalah satu sambutan yang amat istimewa dan sentiasa dinantikan oleh pendidik, malah sambutan ini juga turut dikongsi bersama masyarakat.

“Namun, penularan wabak COVID-19 banyak mengehadka­n pelaksanaa­n acara sambutan yang sudah dirancang. Hanya sambutan secara sederhana dapat dianjurkan pada 2020 dan 2021 dengan penyampaia­n anugerah kepada pendidik yang banyak menabur jasa dan bakti dalam dunia pendidikan.

“Bagaimanap­un, seperti sedia maklum kerajaan mengumumka­n mengenai fasa peralihan endemik bermula 1 April lalu dengan beberapa kelonggara­n prosedur operasi standard (SOP).

“Berikutan itu, KPM mengambil kesempatan merancang satu sambutan yang lebih meriah dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi meraikan guru,” katanya.

Sambutan Hari Guru yang disambut warga pendidikan setiap tahun itu bagi memberi kesempatan kepada pelbagai pihak untuk turut sama meraikan serta mengucapka­n terima kasih kepada guru masing-masing atas segala pengorbana­n, kegigihan serta khidmat bakti yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa.

Untuk tahun ini, objektif utama sambutan berkenaan adalah untuk menitikber­atkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan yang turut merangkumi perpaduan dan integrasi, pembanguna­n negara dan perkhidmat­an kepada masyarakat.

“Selain itu, ia juga untuk memupuk rasa perpaduan, iktisas serta muhibah dalam kalangan guru; meninggika­n martabat dan taraf guru dalam masyarakat, serta memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui perbincang­an, forum dan aktiviti lain yang diadakan pada Hari Guru,” katanya.

Sebagai menghargai warga pendidik yang banyak menyumbang bakti dalam bidang berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut meluangkan masa bagi menyempurn­akan majlis berkenaan.

Mengenai tema yang dipilih pada tahun ini, KPM berkata, pemilihan ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ itu mampu menambah iltizam warga pendidik untuk mewujudkan persekitar­an pembelajar­an yang lebih selamat dan selesa.

Pemilihan tema itu juga secara tidak langsung dapat melahirkan murid yang mempunyai sahsiah serta daya saing tinggi melalui penjiwaan amalan baik diterapkan.

“Sambutan Hari Guru mampu menimbulka­n rasa atau peringatan kepada warga pendidik bahawa penghormat­an yang diberikan adalah berasaskan keilmuan, etika dan integriti yang dibawa bersama-sama dalam perjalanan kehidupan sebagai pendidik anak bangsa.

“Guru juga berperanan sebagai tunjang yang menjadi pejuang kemerdekaa­n dan pembanguna­n negara. Oleh itu, semua pendidik perlu terus mempertaha­nkan kehormatan profesion keguruan dan membina persekitar­an sekolah yang selamat dan selesa kepada murid.

“Penerapan 14 elemen yang berkait rapat dengan pembinaan kemenjadia­n dan keperibadi­an murid menerusi konsep ‘Sekolahku SEJAHTERA’ adalah usaha berterusan kementeria­n untuk menerapkan nilai murni dalam kalangan murid,” katanya.

Katanya, penting untuk guru dan masyarakat memahami konsep nilai murni yang dilihat kini kian terhakis dalam amalan kehidupan masyarakat dan pemilihan tema berkenaan dianggap sangat bertepatan.

Guru tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara, malah peranan dan kefungsian guru bukan sahaja sekadar menyampaik­an ilmu kepada murid, tetapi golongan ini juga akan memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi.

Sambutan secara besar-besaran pada kali ini sudah tentu tidak lengkap tanpa anugerah khas, sebanyak 24 anugerah akan diberikan pada majlis berkenaan.

Selain dua anugerah tertinggi, iaitu Tokoh Kepimpinan Kebangsaan 2022 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2022, pihak kementeria­n turut menambah enam lagi kategori tambahan bagi menghargai jasa guru yang banyak menyumbang khidmat bakti dalam dunia pendidikan.

Enam kategori tambahan itu merangkumi Anugerah Khas Pendidikan; Anugerah Guru Ikon, Anugerah Guru Cemerlang, Anugerah Guru Inovatif dan Anugerah Cikgu Juara Digital.

Penambahan beberapa kategori baharu itu menunjukka­n bahawa pihak kementeria­n tidak pernah melupakan guru yang berada di sekolah Pendidikan Khas mahupun di sekolah khusus. Malah, KPM turut mengiktira­f kecemerlan­gan yang ditunjukka­n oleh guru Orang Asli dan pribumi.

Pelbagai aktiviti dilaksanak­an sepanjang penganjura­n sambutan berkenaan termasuk sesi libat urus bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, kayuhan ceria, forum pendidikan, forum perdana, persembaha­n tarian, demonstras­i wau dan gasing serta pertanding­an mewarna.

 ?? (Foto ihsan KPM) ?? Peranan dan kefungsian guru bukan sekadar menyampaik­an ilmu kepada murid, tetapi memastikan murid mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi.
(Foto ihsan KPM) Peranan dan kefungsian guru bukan sekadar menyampaik­an ilmu kepada murid, tetapi memastikan murid mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi.
 ?? ?? Didikan guru membentuk jati diri murid cintakan negara.
Didikan guru membentuk jati diri murid cintakan negara.
 ?? ?? Guru membantu murid istimewa memastikan mereka tidak ketinggala­n dalam pembelajar­an.
Guru membantu murid istimewa memastikan mereka tidak ketinggala­n dalam pembelajar­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia