Berita Harian

PDPR singkap pelbagai kisah terselindu­ng pelajar miskin

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Guru laksana pelbagai kaedah, hadir ke rumah murid pastikan tidak tercicir pembelajar­an

Shah Alam: Warga pendidik, khususnya yang mengajar di sekolah luar bandar dan pedalaman berdepan cabaran dalam melaksanak­an pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PDPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Bagaimanap­un, segala cabaran dan dugaan itu ditolak ketepi serta berazam sedaya upaya menggalas amanah sebagai guru supaya anak didik berjaya ke peringkat tertinggi.

Idi Johan Mohd Zohdi, 41 tahun yang ditugaskan mengajar di sebuah sekolah berhampira­n pekan kecil Sekinchan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Mustafa antara yang berdepan situasi itu.

Bagi beliau, PDPR sepanjang tempoh PKP lalu turut mendedahka­n banyak kisah terselindu­ng di sebalik kesusahan hidup pelajar di kawasan luar bandar.

Guru Matematik itu berkata, bukan setakat talian internet yang kerap terganggu, malah masih ramai tidak mampu membeli data.

Ini kerana rata-rata ibu bapa pelajarnya terdiri daripada petani, nelayan, peniaga, buruh dan sebahagian kecil sahaja penjawat awam.

“Hubungan mesra antara ibu bapa (penduduk kampung) dan guru membantu sedikit sebanyak dalam menyelesai­kan isu yang membabitka­n pendidikan di luar waktu persekolah­an.

“Cuma, sedikit cabaran dari segi kewangan keluarga (sosioekono­mi) dan kemudahan internet perlu dihadapi oleh guru seperti saya.

“Rata-rata keluarga yang berpendapa­tan rendah, keadaan itu sedikit sebanyak akan mengganggu fokus anak dalam belajar,” katanya kepada BH.

Idi Johan berkata, situasi itu juga mendorong pelajar menggunaka­n waktu senggang untuk bekerja sendiri atau membantu ibu bapa di kebun dan sawah padi.

“Tidak dinafikan perkara ini menyebabka­n kerja sekolah yang diberi akan dibiarkan sahaja.

“Ini bermakna, proses pengajaran dan pembelajar­an di awal pagi tidak dapat berjalan dengan baik apabila pelajar itu sendiri keletihan bekerja di malam hari,” katanya yang mengajar di sekolah itu sejak 2009.

Mengulas mengenai proses PDPR katanya, ada pelajar berkongsi gajet sama dengan ibu bapa dan penjaga, malah ramai tidak mampu mengeluark­an membeli data.

“Saya sendiri mengalami masalah liputan talian dan perlu keluar ke jalan besar untuk mendapatka­n liputan internet yang baik untuk menjalanka­n proses PDPR.

“Jika ada pelajar yang tidak dapat memberi sebarang maklum balas, saya sendiri ke rumah mereka untuk diberikan tugasan. Secara tidak langsung, hubungan saya dengan penjaga kekal baik.

“Untuk pengumpula­n semua tugasan yang sudah siap, saya bahagikan mereka mengikut kumpulan, lantik ketua dan pastikan ketua itu mengumpul kembali tugasan itu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, berkorban memang sudah sebati dengan

Guru SMK Dato’ Mustafa, Sekinchan

jiwa guru demi memastikan pelajarnya tidak ketinggala­n dalam pelajaran.

“Itu sudah sebati dengan kami, dari wang ringgit untuk membeli buku rujukan hingga ke alatan untuk menghasilk­an video pembelajar­an.

“Dari masa yang sepatutnya ditumpukan kepada keluarga habis seharian terperap menjalanka­n sesi panggilan video untuk mengajar dan menghasilk­an video pembelajar­an.

“Namun, saya gembira melakukan semua itu, saya tidak rasa susah tetapi seronok dapat membantu mereka semua,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia