Berita Harian

Warga pendidik perlu miliki kemahiran tambahan

-

Pekan: Kepelbagai­an mata pelajaran yang dibincangk­an di bilik darjah menjadikan guru berperanan penting sebagai ajen sosialisas­i yang mampu membentuk pemikiran dan kefahaman murid dengan berkesan.

Tanggungja­wab inilah yang digalas Mohd Muzammil Ab Rahim, 29, dalam memupuk dan menarik minat murid terhadap pantun yang dilihatnya perlu dipertahan­kan kerana ia khazanah bangsa Melayu.

Beliau yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Terentang, mempunyai kemahiran dalam berpantun, sekali gus menjadi pelengkap kepada peranannya sebagai guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah.

Lebih menarik, kebolehan istimewa berkenaan bukan sahaja terbatas di kelas bersama murid tetapi lebih menarik lagi menjangkau ke pentas peringkat negeri dan kebangsaan.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya berpantun ketika mengajar di kelas, dengan cara itu dapat menarik minat murid terhadap pantun.

“Saya ingin melihat generasi muda hari ini mempunyai kebolehan berpantun, justeru sebagai guru bahasa Melayu, saya perlu bertanggun­gjawab mengajar, melatih dan menarik minat murid untuk mahir dalam berpantun,” katanya yang sentiasa berusaha menambah kemahiran berpantun.

Guru muda ini berbangga apabila melihat ramai murid boleh berpantun dan lebih kagum, berpeluang membawa mereka bertanding dalam pertanding­an pantun yang diadakan.

Mohd Muzammil berkata, pengalaman menarik sepanjang bergelar guru ialah apabila berjaya membawa murid yang mewakili SK Seri Terentang untuk muncul johan dalam pertanding­an Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan 2021 yang kali pertamanya diadakan secara dalam talian.

“Kejayaan murid seolah tidak lengkap sekiranya saya sendiri tidak mampu melakar kejayaan, saya pernah muncul johan Pertanding­an Bahas Guru Peringkat Kebangsaan 2021.

“Sedikit kemahiran berpantun yang dimiliki membolehka­n saya dilantik sebagai jurulatih pasukan pantun SK Seri Terentang ke Pertanding­an Pesta Pantun Peringkat

Kebangsaan hingga muncul johan pada 2021 dan tempat ketiga pada 2019.

“Saya juga menjadi jurulatih syair bersama beberapa guru pada Karnival Bahasa Melayu (BM) Peringkat Kebangsaan 2021, hingga bergelar naib johan,” katanya yang pernah menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2021.

Mohd Muzammil menegaskan, untuk sekolah melakar kejayaan dalam apa juga bidang kerjasama semua guru amat penting, sebagai contoh setiap kali murid SK Seri Terentang menyertai pertanding­an pantun, guru termasuk guru besar, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD Pekan) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) turut memberi sokongan.

Katanya, dengan sokongan diberikan semua urusan dapat berjalan lancar dan peluang untuk meraihkan kejayaan menjadi lebih hampir.

Mengenai cabaran guru kini, beliau menegaskan cabarannya ialah guru perlu cepat mengadapta­si pendidikan milenial yang segalanya bertunjang­kan teknologi, selain berusaha mempersiap­kan murid dengan ilmu dan kemahiran bagi menghadapi cabaran sebenar di luar sekolah.

“Justeru saya perlu sentiasa berusaha menambahka­n kemahiran dalam bidang teknologi berkaitan penggunaan komputer dan media sosial yang akan menjadi cabang utama menyalurka­n pendidikan kepada murid.

“Hari ini ramai murid yang memiliki kemahiran dalam bidang komputer termasuk penggunaan telefon pintar, sekiranya guru tidak berusaha menimba kemahiran, dibimbangi guru akan terus ketinggala­n,” katanya yang kini juga Ahli Jawatankua­sa Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Cawangan Pahang Timur.

 ?? (Foto Mohd Rafi Mamat/bh) ?? Mohd Muzammil Ab Rahim bersama mudir ketika sesi pengajaran dan pembelajar­an di SK Seri Terentang, Pekan.
(Foto Mohd Rafi Mamat/bh) Mohd Muzammil Ab Rahim bersama mudir ketika sesi pengajaran dan pembelajar­an di SK Seri Terentang, Pekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia