Berita Harian

Mahkamah lepas dan bebas Serba Dinamik, pegawai

- Oleh Faris Fuad

Syarikat buat penyelesai­an penuh kompaun babit kes kemuka pernyataan palsu faris.fuad@bh.com.my

Kuala Lumpur: Syarikat penyedia perkhidmat­an kejurutera­an minyak dan gas bersepadu, Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik) dan pegawai serta pengurusan tertinggin­ya, masing-masing dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengemukak­an pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad, semalam.

Mereka terdiri daripada Pengarah Eksekutif Bukan Bebas, Datuk Syed Nazim Syed Faisal, 41; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah, 58; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Azhan Azmi, 39; serta Timbalan Presiden Akaun dan Kewangan, Muhammad Hafiz Othman, 37.

Perkara itu disahkan ketika sebutan kes berkenaan yang dibuat secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen iaitu Emelia Kaswati Mohd Khalid, Kamarudin Kamsun, Ahmad Kamar Jamaluddin dan Datin Sabariah Othman, susulan Serba Dinamik mengumumka­n syarikat dan empat tertuduh membuat penyelesai­an penuh kompaun kepada Suruhanjay­a Sekuriti (SC).

Pembayaran penuh berkenaan dibuat pada Isnin lalu, dengan jumlah keseluruha­n RM15 juta dengan masing-masing menjelaska­n kompaun RM3 juta.

Mahkamah turut memerintah­kan wang jaminan dan pasport dikembalik­an kepada semua tertuduh.

Yang turut hadir pada prosiding kes, Timbalan Pendakwa Raya SC, Hashley Tajudin, Zul’aida Zulkifli dan Izzat Fauzan serta Pegawai Pendakwa SC, Mohd Izuddin Mohamad.

Serba Dinamik selaku Orang Kena Saman (OKS) serta empat tertuduh pula diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Wan Aizuddin Wan Mohammed dan Farhan Read.

Terdahulu, Hashley mencadangk­an OKS dan tertuduh dilepas serta dibebaskan selepas pembayaran kompaun dibuat mengikut arahan Pejabat Peguam Negara.

“Kita membuat permohonan itu untuk pendakwaan ditarik balik mengikut Seksyen 254 Kanun

Tatacara Jenayah.

“Kami tiada niat untuk meneruskan kes ini, maka pihak pendakwaan mencadangk­an mereka dilepas dan dibebaskan, itu sahaja,” katanya.

Sebelum ini Hasley dilaporkan berkata, Pejabat Peguam Negara menerima representa­si yang dikemukaka­n oleh syarikat itu dan empat tertuduh berkenaan pada 7 April lalu, selepas ia dihantar pada 17 Mac lalu.

Serba Dinamik, Syed Nazim, Azhan serta Muhammad Hafiz selaku tertuduh didakwa pada 28 Disember lalu, dengan niat untuk menipu, dengan mengemukak­an pernyataan palsu yang terkandung dalam ‘Serba Dinamik Holdings Berhad's Quarterly Report on the Consolidat­ed Results for the Quarter and Year Ended 31 December 2020’.

Mohd Abdul Karim didakwa atas kesalahan sama keesokanny­a.

Mereka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 369(a)(b) dibaca bersama seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmat­an 2007 (Akta 671) dan boleh dihukum mengikut seksyen 369 akta sama.

Kesalahan itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM3 juta jika disabitkan kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia