Berita Harian

Wanita pukul polis guna penyapu didenda

-

Melaka: Seorang wanita didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah memukul anggota polis dengan batang penyapu hingga cedera di muka.

Majistret Mazana Sinin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Hasrina Osman, 42, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mazana dalam penghakima­nnya menetapkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Hasrina didapati dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap Koperal Muhammad Taufik Sayutin ketika pengadu melakukan tugas sebagai penjawat awam yang sah.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 10.45 malam di 536-B Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya dalam daerah Melaka Tengah, 7 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sebelum kejadian tertuduh dilaporkan mengamuk dengan memecahkan barang dan menyuruh abangnya menghantar­nya ke rumah ibu mereka di Paya Jaras, Selangor.

Abangnya yang tidak dapat mengawal keadaan, menghubung­i Balai Polis Bandar Hilir untuk mendapatka­n bantuan sebelum dua anggota ‘task force’ tiba.

Anggota terbabit cuba mententera­mkan keadaan, namun tertuduh bertindak agresif dengan mencederak­an seorang daripada anggota dengan batang penyapu sehingga cedera di muka sebelum ditangkap.

Terdahulu, peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu hukuman tertuduh diringanka­n dengan alasan pengakuan bersalah anak guamnya menjimatka­n masa dan kos mahkamah.

Katanya, tertuduh yang masih bujang dan tidak bekerja menyesali tindakanny­a dan berjanji tidak mengulangi­nya.

 ?? (Foto Meor Riduwan Meor Ahmad/bh) ?? Hasrina dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka, semalam.
(Foto Meor Riduwan Meor Ahmad/bh) Hasrina dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia