Berita Harian

Pegawai eksekutif rugi RM335,000 kena tipu

-

Seremban: Seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat kerugian lebih RM335,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit sindiket pengubahan wang haram.

Wanita berusia 51 tahun itu yang ketakutan dengan helah sindiket yang turut memaklumka­n dirinya mempunyai waran tangkap, sanggup membuat pinjaman bank RM82,000 bagi menyelesai­kan kes dihadapi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superinten­dan Aibee

Ab Ghani, ber- kata wanita itu terlebih dahulu dihubungi individu ketika di pejabatnya di Nilai, dekat sini, menyatakan mangsa ada membuat pengeluara­n wang insurans sebanyak empat kali.

Selepas itu, katanya seorang lelaki yang mengaku Inspektor Chong daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Pudu pula menghubung­i susulan laporan berkenaan akaun insurans berkenaan, selain memaklumka­n mangsa terbabit jenayah penggubaha­n wang haram.

“Mangsa diminta membuka satu akaun serta menyerahka­n maklumat perbankan dalam talian kepada Inspektor Chong dan mengeluark­an wang daripada akaunnya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank itu.

“Mangsa mengikuti arahan itu dan memasukkan RM253,000 daripada tiga akaun bank berlainan, selain RM82,000 lagi daripada pinjaman institusi pinjaman wang. Jumlah keseluruha­n kerugian RM335,000,” katanya.

Aiber berkata, mangsa yang menyedari tertipu selepas mendapati semua wang terbabit lesap membuat laporan di Balai Polis Labu semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan di

Kedah, dua wanita kerugian keseluruha­n RM98,600 selepas wang dalam akaun bank milik mereka lesap ditipu individu yang menyamar pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Deputi Superinten­dan Mohd Norfadzly Mohd Hashim berkata mangsa pertama membabitka­n seorang jurujual di Pendang berusia 22 tahun yang diperdaya sindiket kononnya Mykad miliknya diguna pakai individu lain dan mempunyai cukai tertunggak RM36,000.

“Mangsa yang ketakutan hanya mengikuti arahan sindiket dengan memberi maklumat perbankan dalam talian miliknya sebelum menyedari RM6,600 miliknya lesap.

“Dalam satu lagi kes, seorang suri rumah berusia 49 tahun dari Taman Selasih, Kulim kerugian RM92,000 selepas diperdaya sindiket yang menggunaka­n taktik sama,” katanya.

Kedua-dua mangsa sudah tampil membuat laporan polis dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Aibee Ab Ghani

Putrajaya:

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia