Berita Harian

Mahkamah benar ikat jamin RM20,000

-

Remaja didakwa bunuh bayi baru lahir

Remaja perempuan yang didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkan­nya, dibenar dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rayuan semalam, sementara menunggu perbicaraa­n kes itu.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah, membenarka­n remaja itu diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

Yaacob berkata, ikat jamin itu hanya akan berkuat kuasa selepas gadis itu selesai menjalani penilaian psikiatri di Hospital Permai, Tampoi di Johor.

Beliau berkata, remaja perempuan berusia 15 tahun itu dan penjaminny­a mesti melapor diri di Balai Polis Chukai di Kemaman, Terengganu sebulan sekali sebelum atau pada hari ketujuh setiap bulan sehingga kesnya selesai.

Hakim itu juga berkata, remaja itu dan penjaminny­a perlu hadir ke mahkamah, melainkan dikecualik­an oleh mahkamah dan dia tidak boleh dibawa keluar negara tanpa kebenaran daripada mahkamah.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sebarang permohonan supaya remaja itu dibawa keluar negara, permohonan itu mesti dibuat di mahkamah tempat pertuduhan itu difailkan.

Sebelum perbicaraa­n permohonan ikat jamin gadis itu bermula, hakim mengeluark­an perintah supaya identiti gadis itu tidak didedahkan.

Remaja itu sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 15 Februari lepas atas pertuduhan membunuh bayinya di sebuah rumah di Seri Bandi, Kemaman, Terengganu antara 7 dan 9 pagi pada 8 Februari.

Bagaimanap­un, dia tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu perbicaraa­n dan permohonan­nya untuk dirujuk bagi penilaian kesihatan mental turut ditolak oleh mahkamah sama.

Remaja itu kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Terengganu untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Majistret yang tidak membenarka­nnya diikat jamin, namun ditolak pada 8 Mac.

Mahkamah Tinggi bagaimanap­un membenarka­n sebahagian permohonan semakan remaja itu dan memerintah­kan agar dia dirujuk untuk menjalani penilaian psikiatri.

Dia kemudianny­a memfailkan permohonan dibenarkan diikat jamin di Mahkamah Rayuan.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dihukum mati mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-kanak 2001 dan hukuman itu akan digantikan dengan penjara bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh Yang di-pertuan Agong, Sultan atau Yang Dipertua Negeri, bergantung kepada tempat kesalahan dilakukan.

Pada 18 Februari lalu, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumka­n bahawa ia masih boleh menyiasat dan menyemak pertuduhan membunuh terhadap remaja itu yang didakwa menikam bayinya sehingga mati serta menggantik­annya dengan pertuduhan lain.

Terdahulu dalam prosiding semalam, peguam Ramkarpal Singh berkata, jaminan perlu diberikan kepada remaja itu kerana dia adalah mangsa rogol dan eksploitas­i seksual yang memerlukan perlindung­an.

Peguam itu berkata tiada alasan munasabah untuk mempercaya­i bahawa dia melakukan pembunuhan, sambil menambah bahawa dia mungkin membunuh bayi mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Seksyen itu menyatakan mana-mana wanita yang menyebabka­n kematian anaknya yang baru dilahirkan apabila keadaan mentalnya terganggu, dia bersalah atas kesalahan membunuh bayi.

Ramkarpal, yang dibantu peguam Sangeet Kaur Deo dan Harshaan Zamani, berkata gadis itu kini dalam pemerhatia­n psikiatri dan penilaian lanjutan di hospital yang akan berakhir pada 22 Mei ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang berkata, demi kepentinga­n gadis itu, dia harus ditempatka­n sementara di rumah kebajikan sebelum kesnya dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi kerana kemudahan yang disediakan oleh rumah kebajikan sesuai untuk remaja itu dan jaminan tidak sepatutnya diberikan.

Sangeet Kaur memberitah­u mahkamah, bahawa ibu gadis itu tidak dibenarkan menemui anaknya, walaupun ketika dia berada di rumah kebajikan itu. BERNAMA

 ?? ?? Keratan akhbar BH16 Februari lalu.
Keratan akhbar BH16 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia