Berita Harian

Harga sayur naik hingga 50 peratus

- Oleh Mohamed Farid Noh dan Ahmad Hasbi

Kekurangan bekalan, tenaga buruh asing jejas harga sejak awal Aidilfitri bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Harga sayur-sayuran naik di antara 30 hingga 50 peratus sejak awal Aidilfitri lalu, berikutan kekurangan bekalan sesetengah jenis bekalan, selain kenaikan mendadak harga baja.

Pengerusi Persekutua­n Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata kenaikan harga sayur turut diburukkan dengan kekurangan tenaga buruh asing di ladang sayur seluruh negara.

Katanya, paling menjejaska­n pengusaha sayuran negara apabila harga baja yang sebelum ini hanya RM120 seguni, kini naik mendadak kepada RM250 seguni, selain faktor hujan lebat yang akan mengurangk­an hasil sayuran di ladang.

“Antara sayuran yang naik harga termasuk timun, sawi dan bayam yang masing-masing naik RM1 hingga RM2.50 sekilogram.

“Kenaikan harga sayuran juga banyak bergantung kepada bekalan sayuran itu, jika banyak harga murah, namun jika tiada bekalan harganya naik. Sebelum ini harga sayuran akan naik dalam tempoh dua minggu, namun sekarang dua hari pun jika bekalan terjejas harganya akan naik.

“Faktor harga sayuran naik selepas Aidilfitri lalu berikutan kos harga baja yang naik mendadak ke RM250 seguni berbanding hanya RM120. Selain itu, faktor utama kenaikan harga sayuran berikutan kekurangan tenaga buruh asing yang krtikal di ladang-ladang sayur hingga menjejaska­n bekalan.

“Sebelum ini pekerja asing akan mula bekerja jam 3 pagi bagi memetik sayuran di ladang sebelum lori datang pada jam 6 pagi untuk dihantar ke pasar bagi memastikan kesegarann­ya.

“Namun, pekerja tempatan enggan mula bekerja dari jam 3 pagi, sebaliknya mahu mula bekerja dari jam 7 atau 8 pagi, menyebabka­n tiada pekerja yang mahu memetik sayuran di ladang sehingga akhirnya ia rosak di ladang,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, peniaga pasar basah Taman Dahlia, Tampoi, dekat sini, Suwanto Baharuddin, 48, berkata harga sawi Jepun, sawi putih dan bayam antara yang mencatatka­n kenaikan sejak awal Syawal lalu.

Tinjauan di Pasar Besar Seremban, semalam.

Orang ramai membeli sayur di Johor Bahru.

Katanya, sawi Jepun, sawi putih dan bayam yang sebelum ini dijual pada harga RM5.50 sekilogram, kini naik antara 7.50 hingga RM8 sekilogram.

“Paling naik ketika ini adalah daun sup yang naik RM12 sekilogram berbanding hanya RM7.50 hingga RM8 ketika bulan puasa lalu.

“Kebanyakan sayuran dari Cameron Highlands mencatatka­n kenaikan harga dengan pembekal memberi alasan bekalan kurang dan ketiadaan pekerja,” katanya.

Di Seremban, tinjauan di Pasar Besar Seremban, di sini semalam mendapati rata-rata harga sayur dan ikan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Bekas pekerja swasta dari Sikamat, Azman Baharudin, berkata harga barangan basah dikesan terus naik walaupun tidak ketara.

“Sebelum ini saya beli ikan kembung dalam anggaran RM12 sekilogram, namun kini mencecah RM19 sekilogram.

“Peniaga meletakkan harga lebih mahal jika ikan segar sebelum menurunkan sedikit harga selepas beberapa hari jika ikan tidak terjual,” katanya ketika ditemui di pasar berkenaan, semalam.

Azman mendakwa, ada peniaga sayur mengekalka­n harga sayur-sayuran, namun mengurangk­an kuantitiny­a dalam seikat hasil tanaman yang dijual.

“Dalam suasana masih menyambut Aidilfitri, ramai yang berbelanja untuk mengadakan rumah terbuka atau menjemput tetamu ke rumah.

“Dengan situasi harga yang tidak terkawal ini, mungkin ada golongan yang sedikit terbeban, jadi mereka perlu pandai menguruska­n perbelanja­an supaya tidak ‘kering’ di hujung bulan,” katanya.

Sainon Dahalan, 69, dari Senawang berkata, kenaikan harga barang memang ketara ketika ini, namun pengguna tiada pilihan.

“Saya perasan harga cili padi sebelum ini RM18 sekilogram tetapi kini harganya mencecah RM25 sekilogram, selain harga sayuran seperti pegaga.

“Harga ayam ada juga berlaku kenaikan, tetapi kerajaan mengawalny­a dengan menetapkan harga siling. Kalau orang tengah jadi puncanya, saya harap kerajaan akan ambil tindakan,” katanya.

 ?? (Foto Ahmad Hasbi/bh) ??
(Foto Ahmad Hasbi/bh)
 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) ??
(Foto Nur Aisyah Mazalan/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia