Berita Harian

36 tahun bekerja tak pernah ambil cuti sakit

-

Kota Bharu: Seorang pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang 36 tahun bekerja, kerana komitmen dan tanggungja­wab kepada tugas yang digalas.

Pengarah Khidmat Pengurusan LKTN, Mohd Fakri Mohamad Noor, 59, berkata ketika sakit termasuk demam, dia tetap tidak mengambil cuti sakit walaupun ditawarkan oleh pegawai perubatan yang merawatnya.

Malah, beliau lebih rela mengambil cuti rehat tahunan kerana keazamanny­a yang tidak mahu mengambil cuti sakit sejak awal bekerja lagi.

“Sebaik bermula kerja pada 1986, saya bertekad mahu bekerja bersungguh-sungguh dan memberi komitmen sepenuhnya serta tidak mahu mengambil cuti sakit.

“Alhamdulil­lah, saya dapat menunaikan apa yang saya janji dan hasilnya saya sudah empat kali menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) iaitu pada 1996, 2012, 2015 dan 2021 serta pada masa yang sama turut mendapat Sijil Perkhidmat­an Cemerlang pada 2014.

“Saya bersyukur kerana terpilih menerima APC dan sudah beberapa kali dinaikkan pangkat walaupun pada awalnya saya bermula dengan Gred 17,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat LKTN, di sini semalam.

Terdahulu, seramai 24 kakitangan LKTN, termasuk pegawai menerima APC 2021 yang disampaika­n oleh Pengerusin­ya, Ab Aziz Ab Kadir.

Mohd Fakri yang mempunyai enam anak itu berkata, dia bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik hingga membolehka­nnya menjalanka­n tugas yang diberi dengan penuh tanggungja­wab.

Katanya, dia juga bernasib baik kerana isteri, Nur Shelyzawat­i Hassan, 42, yang juga kakitangan LKTN sentiasa memberi sokongan untuknya terus maju dalam kerjaya dan pada masa yang sama banyak berkorban untuk menjaga anak jika mereka sakit.

“Jika saya atau anak-anak sakit, saya akan mengambil cuti rehat tahunan yang diberi. Saya mahu menjadi contoh yang baik kepada rakan sekerja.

“Ikhlas dalam bekerja juga dapat memastikan seseorang itu dapat meneruskan memikul tanggungja­wab dengan baik dan sempurna,” katanya.

Mohd Fakri ketika ditemui di Ibu Pejabat LKTN, Kota Bharu, semalam.

 ?? (Foto Hidayatida­yu Razali/bh) ??
(Foto Hidayatida­yu Razali/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia