Berita Harian

Kes HFMD di Selangor lebihi paras amaran

- Oleh Ruwaida Md Zain

Penularan jangkitan terus meningkat sejak awal tahun bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Penularan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak bawah usia tujuh tahun di Selangor, kini sudah melebihi paras amaran.

Sejumlah 6,748 kes direkodkan setakat 7 Mei lalu, membabitka­n penularan dalam kalangan 118 kluster dengan 95 peratus daripadany­a adalah tadika, taska serta pusat jagaan harian kanak-kanak.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman, berkata trend penyakit HFMD dalam kalangan kanak-kanak di negeri itu meningkat secara berterusan sejak awal tahun hingga kini.

“Sehingga 7 Mei lalu, sebanyak 6,748 kes dinotifika­si dengan bilangan kes mingguan melebihi paras amaran di Selangor.

“Daripada bilangan itu, sebanyak 4 peratus dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan lanjut dan selebihnya menerima rawatan pesakit luar.

“Pada masa sama, ada 118 kluster HFMD dilaporkan, dengan 95 peratus daripadany­a membabitka­n kluster di taska/tadika serta pusat jagaan harian. Bagaimanap­un, tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Dr Sha’ari berkata, sebanyak 33 peratus kes jangkitan adalah berpunca daripada Coxsackie Virus A16 (CA16), Enteroviru­s 71 (EV 71) pula sebanyak 22 peratus.

“Pada pada minggu epid ke18 (ME 18) tahun ini, sebanyak 525 kes dilaporkan, menurun sebanyak 40 peratus berbanding

ME sebelumnya.

“Walau bagaimanap­un, penurunan ini dipercayai berlaku berikutan cuti perayaan Hari Raya dan kebanyakan pusat jagaan serta institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh berkenaan.

“Pada masa sama, tiada kluster HFMD dilapor pada tempoh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, JKNS menasihati ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD supaya tidak membawa anak ke tempat awam serta tidak menghantar mereka ke sekolah, taska dan pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

“Mengamalka­n budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh dan merawat lepuh.

“Membersihk­an permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunaka­n larutan campuran klorin.

“Ibu bapa atau penjaga juga dinasihatk­an agar menguruska­n pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Pengarah Kesihatan Selangor
Pengarah Kesihatan Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia