Berita Harian

Jurutera teruja Duta Ukraine lawat ladang anggur

- Oleh Rosman Shamsudin bhnews@bh.com.my

Benih dari Kyiv ditanam secara fertigasi tarik minat pihak kedutaan

Slim River: Seorang jurutera teruja selepas anggur yang ditanam menggunaka­n benih dari Ukraine bukan sahaja mendapat perhatian, malah dilawati Pejabat Kedutaan Ukraine di Malaysia, semalam.

Lawatan tidak rasmi ke tapak penanaman anggur oleh Hishamuddi­n Othman, 57, itu diketuai Duta Ukraine di Malaysia, Olexander Nechytaylo, bersama kakitangan­nya, Yevhenia Shynkarenk­o

di tepi Jalan Persekutua­n Ipoh-kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi semalam.

Hishamuddi­n berkata, pihak pejabat kedutaan Ukraine mengetahui usaha penanaman anggur dari negara itu secara fertigasi sejak awal tahun lalu melalui media sosial.

“Pihak kedutaan menghubung­i saya pada Januari lalu yang berhasrat melawat tanaman anggur yang saya usahakan dalam rumah pelindung hujan (RPH).

“Ketika itu, pokok anggur baru selesai mengeluark­an hasil dan awal bulan ini sekali lagi saya dihubungi pihak kedutaan Ukraine yang menyatakan hasrat untuk melawat.

“Kebetulan anggur yang dihasilkan kali ini berbuah lebat daripada musim pertama,” katanya ketika ditemui di Muallim Hortigard and Nursery dekat sini, baru-baru ini.

Duta Ukraine dan kakitangan­nya meluangkan kira-kira dua jam melawat serta menikmati anggur berkenaan, di samping meluahkan rasa bangga melihat anggur dari negara itu boleh hidup subur di Malaysia.

Hishamuddi­n berkata, mereka turut bertukar-tukar pendapat mengenai tanaman anggur yang diusahakan­nya.

“Duta ingin mengetahui bagaimana saya mengaplika­sikan teknologi pertanian tempatan dalam menanam dan menghasilk­an anggur yang lebat serta mampu tahan dengan keadaan cuaca dan suhu di negara ini.

“Saya maklumkan walaupun benih pokok ini berasal dari Ukraine, baja yang digunakan mengikut formula sendiri dengan campuran bahan tempatan,” katanya.

Beliau berhasrat mengunjung­i Ukraine pada masa akan datang bagi mempelajar­i secara lebih mendalam teknologi pertanian yang digunakan bagi tanaman anggur.

Berhasrat memiliki ladang anggur, Hishamuddi­n mahu membuktika­n Malaysia mampu menjadi pengeluar anggur bermutu tinggi setanding negara beriklim sejuk.

Hasil kedua tanamannya meningkat kepada 800 kilogram berbanding 500 kilogram sebelum itu. Peningkata­n hasil itu susulan penggunaan baja dibuat mengikut formula sendiri dengan menggunaka­n campuran bahan tempatan.

 ?? (Foto Rosman Shamsudin/bh) ?? Nechytaylo (kanan) bersama Hishamuddi­n ketika melawat tanaman anggur di Muallim Hortigard and Nursery di Slim River, baru-baru ini.
(Foto Rosman Shamsudin/bh) Nechytaylo (kanan) bersama Hishamuddi­n ketika melawat tanaman anggur di Muallim Hortigard and Nursery di Slim River, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia