Berita Harian

Projek kukuh Tembok Laut Padang Kota Lama siap

-

Georgetown: Projek pengukuhan dan penambahba­ikan Tembok Laut Padang Kota Lama, termasuk laluan pejalan kaki sepanjang 570 meter dari Medan Selera Renong ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini selesai, dengan kos RM12.9 juta.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata projek dibiayai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu adalah satu daripada 14 komponen projek di bawah Pelan Induk Pesisir Pantai Utara Pulau Pinang.

Katanya, ia membabitka­n kos berjumlah RM140 juta yang ditanggung bersama kerajaan negeri, MBPP dan anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, Think City Sdn Bhd.

“Daripada 14 projek fizikal dan projek kajian berkenaan, 10 daripadany­a sudah disiapkan setakat ini, termasuk projek Tembok Laut Padang Kota Lama yang dimulakan pada 2016.

“Kerajaan negeri akan mengeluark­an peruntukan tambahan

RM1.4 juta untuk membangunk­an projek Taman Jajar berdekatan tembok itu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kon Yeow berkata, kerja membangunk­an taman itu akan mula dilaksanak­an MBPP pada Julai ini bagi melengkapk­an fungsi ruang awam dan kawasan hijau di sekitarnya.

Sementara itu, beliau berkata, lima meriam lama dipercayai dari abad ke-18 yang ditemukan ketika kerja mengorek tanah di sekitar tapak projek itu pada 2019 kini ditempatka­n di Fort Cornwallis selepas melalui proses baik pulih.

“Mungkin satu daripadany­a boleh dipertimba­ngkan untuk dipamer di Padang Kota Lama dan kita ada terima cadangan untuk menempatka­n semua meriam itu di Fort Cornwallis.

“Mungkin ada banyak lagi meriam tertanam di Padang Kota Lama kita tidak tahu,” katanya.

 ?? ?? Projek pengukuhan dan penambahba­ikan Tembok Laut Padang Kota Lama, termasuk laluan pejalan kaki sepanjang 570 meter.
Projek pengukuhan dan penambahba­ikan Tembok Laut Padang Kota Lama, termasuk laluan pejalan kaki sepanjang 570 meter.
 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Kon Yeow menunjukka­n pelan projek Tembok Laut Padang Kota Lama siap dengan kos RM12.9 juta di Georgetown, semalam.
(Foto Danial Saad/bh) Kon Yeow menunjukka­n pelan projek Tembok Laut Padang Kota Lama siap dengan kos RM12.9 juta di Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia