Berita Harian

Unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia kekal

- Oleh Mahanum Abd Aziz dan Hazwan Faisal Mohamad

Pengukuhan permintaan domestik, luaran pacu perkembang­an dalam negara bhbiz@nstp.com.my

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalka­n unjuran pertumbuha­n ekonomi negara bagi tahun ini di antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus seperti yang diumumkan pada Mac lalu.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata unjuran itu disokong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, permintaan luaran yang terus berkembang dan pasaran pekerja yang terus bertambah baik.

Katanya, pertumbuha­n juga akan menerima manfaat daripada pelonggara­n sekatan, pembukaan semula sempadan antarabang­sa dan pelaksanaa­n projek pelaburan.

“Ekonomi dalam negeri dijangka terus bertambah baik tahun ini, dengan pertumbuha­n diunjurkan antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus seperti yang diumumkan pada Mac 2022.

“Bagaimanap­un, risiko terhadap momentum pertumbuha­n Malaysia masih wujud. Risiko ini termasuk pertumbuha­n global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang semakin meruncing, gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk, perkembang­an buruk berhubung COVID-19 dan ketidakten­tuan pa

Nor Shamsiah (kiri) ketika mengumumka­n prestasi ekonomi negara bagi suku pertama tahun 2022 di Kuala Lumpur, semalam.

Gabenor BNM saran kewangan yang meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumka­n prestasi ekonomi negara bagi suku pertama tahun 2022 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Ekonomi Malaysia berkembang kukuh kepada lima peratus pada suku pertama tahun ini, berbanding penguncupa­n 0.5 peratus pada suku sama 2021, disokong terutama oleh pengukuhan permintaan domestik.

Angka itu juga adalah lebih tinggi berbanding pertumbuha­n 3.6 peratus yang dicatatkan pada suku keempat tahun lalu.

Mengulas lanjut, Nor Shamsiah berkata, inflasi keseluruha­n tahun ini diunjurkan berada pada purata antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus dalam persekitar­an kos input yang tinggi dan permintaan yang bertambah baik.

Beliau berkata, inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras, juga dijangka meningkat pada tahun ini dengan mencatatka­n purata antara dua peratus hingga tiga peratus.

“Beberapa faktor penting dijangka membendung sebahagian daripada tekanan harga menaik, iaitu langkah kawalan harga yang sedia ada dan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.

“Meskipun begitu, prospek inflasi terus bergantung pada perkembang­an harga komoditi, yang berpunca terutama daripada konflik ketenteraa­n di Ukraine dan gangguan berkaitan bekalan yang berlanjuta­n.

“Prospek ini juga bergantung pada langkah dasar dalam negeri berhubung dengan harga yang ditadbir,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia