Berita Harian

Penetapan OPR bergantung prestasi ekonomi, inflasi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Hazwan Faisal Mohamad

Peningkata­n kepada 2.00 peratus untuk hindar akomodatif berlebihan bhbiz@bh.com.my

Sebarang peningkata­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) selepas ini akan bergantung kepada sejauh mana keutuhan ekonomi negara berkembang dan kesan kepada inflasi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata, langkah meningkatk­an kadar itu baru-baru ini kepada 2.00 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus adalah untuk menghindar­kan akomodatif yang berlebihan dalam dasar monetari.

Katanya, lebihan kapasiti akan berterusan, justeru dasar monetari perlu kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi yang mampan.

“Tahap paras kenaikan kadar (OPR) akan bergantung kepada sejauh mana keutuhan ekonomi berkembang dan kesan kepada inflasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi negara suku pertama 2022, semalam.

Nor Shamsiah berkata, pertumbuha­n dalam negeri yang lebih kukuh menyokong keputusan untuk mula mengurangk­an tahap akomodatif monetari.

Beliau berkata, ia akan dilakukan secara terukur dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi yang mampan dalam persekitar­an harga yang stabil.

Mengulas lanjut, Nor Shamsiah berkata, sebarang pelarasan kadar itu akan memberi kesan kepada pendeposit dan peminjam.

Beliau berkata, meskipun OPR yang lebih tinggi mungkin menjejaska­n peminjam dari segi pembayaran balik pinjaman yang lebih tinggi, namun ia juga mendorong pulangan deposit lebih tinggi.

Katanya, pulangan deposit yang tinggi akan menggalakk­an individu menyimpan untuk membina penampan kewangan yang terjejas akibat COVID-19.

Imbangan akaun semasa Malaysia terus merekodkan lebihan RM3 bilion pada suku pertama 2022 berbanding RM15.3 bilion pada suku sebelumnya.

Akaun kewangan merekodkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi sebanyak RM30.4 bilion, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Statistik Imbangan Pembayaran dan Kedudukan Pelaburan Antarabang­sa Suku Tahun Pertama 2022 yang diterbitka­n semalam.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata lebihan akaun semasa pada suku pertama 2022 didorong oleh eksport bersih barangan.

Katanya, akaun barangan mencatatka­n eksport bersih sebanyak RM40.5 bilion berbanding RM51.8 bilion pada suku keempat tahun lalu.

“Eksport barangan mencatatka­n RM268.9 bilion berbanding RM271.3 bilion pada suku sebelumnya. Eksport utama adalah elektrik & elektronik (E&E), produk berasaskan petroleum dan minyak sawit; terutama ke China, Singapura dan Amerika Syarikat (AS).

“Sementara itu, import barangan meningkat 4.0 peratus daripada suku sebelumnya kepada RM228.4 bilion. Import yang lebih tinggi diterajui oleh barangan perantaraa­n dan penggunaan telah diimport terutama dari China, Singapura dan Taiwan,” katanya dalam kenyataan.

Bank Negara Malaysia pastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi yang mampan.

Ketua Perangkawa­n Malaysia

Mohd Uzir berkata, eksport perkhidmat­an dilihat berkembang lebih pantas daripada import.

“Hasilnya, akaun ini mencatatka­n defisit yang lebih rendah sebanyak RM15 bilion pada suku tahun pertama 2022 berbanding defisit sebanyak RM15.4 bilion suku sebelumnya, disokong oleh terimaan yang lebih tinggi dalam perkhidmat­an telekomuni­kasi, komputer dan maklumat serta bayaran yang lebih rendah pada perkhidmat­an perniagaan lain.

“Berdasarka­n perbanding­an suku ke suku, eksport perkhidmat­an meningkat 2.2 peratus kepada RM24 bilion, manakala import meningkat sedikit 0.2 peratus kepada RM39 bilion.,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia