Berita Harian

Peluang kerja, kenaikan gaji imbangi lonjakan harga barang

-

Peningkata­n aktiviti ekonomi dan pemulihan pasaran pekerjaan akan membantu kemampuan isi rumah dalam berdepan peningkata­n harga barang, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata, ekonomi negara mencatatka­n kemajuan dengan terus berkembang kukuh pada suku pertama tahun ini dengan pertumbuha­n lima peratus.

“Kemajuan juga dilihat dari segi pewujudan peluang pekerjaan dan peningkata­n gaji. Bagi BNM, kami akan pastikan kestabilan harga supaya momentum pertumbuha­n kekal stabil dalam jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi suku pertama 2022, semalam.

Nor Shamsiah berkata, bagi ekonomi negara, petunjuk terkini menunjukka­n pertumbuha­n yang lebih kukuh, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih mantap dalam keadaan pertumbuha­n eksport yang mampan.

Beliau berkata, pasaran pekerja terus disokong oleh kadar penganggur­an lebih rendah, penyertaan tenaga kerja lebih tinggi dan prospek pendapatan lebih baik.

Katanya, peralihan ke fasa endemik akan memperkuku­h kegiatan ekonomi sejajar dengan pelonggara­n sekatan selanjutny­a dan pembukaan semula sempadan antarabang­sa.

Namun begitu, beliau mengingatk­an, risiko terhadap pertumbuha­n masih wujud, termasuk pertumbuha­n global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang berterusan, gangguan rantaian bekalan yang bertambah teruk dan perkembang­an buruk berhubung dengan COVID-19.

Pasaran kewangan domestik bergantung kepada beberapa tempoh ketidakten­tuan yang tinggi selepas ringgit menyusut 0.7 peratus pada suku pertama 2022, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Namun begitu, bank pusat berkata, kedudukan luaran negara yang kukuh dan sistem perbankan yang berdaya tahan membolehka­n ekonomi berdepan dengan kejutan luaran.

“Nilai ringgit menurun sebanyak 0.7 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku pertama 2022, yang mana secara umumnya, penurunan itu adalah sejajar dengan pergerakan mata wang serantau,” kata BNM dalam satu kenyataan.

Pada suku pertama 2022, BNM berkata, pembiayaan bersih kepada sektor swasta berkembang sebanyak 4.5 peratus berbanding 4.7 peratus pada suku keempat 2021 dalam keadaan pertumbuha­n bon korporat terkumpul yang lebih rendah sebanyak 4.6 peratus.

Ia berkata, pertumbuha­n pinjaman terkumpul mampan pada 4.4 peratus dan pertumbuha­n pinjaman perniagaan menjadi sederhana kepada 4.3 peratus, mencermink­an pertumbuha­n pinjaman modal kerja terkumpul yang lebih rendah dalam keadaan pertumbuha­n bayaran balik pinjaman yang terus tinggi.

Walau bagaimanap­un, katanya, pertumbuha­n pengeluara­n pinjaman modal kerja kekal kukuh pada suku pertama sejajar dengan pemulihan kegiatan ekonomi.

Bagi isi rumah, bank pusat berkata, pertumbuha­n pinjaman terkumpul meningkat merentas kebanyakan tujuan dengan pertumbuha­n yang mantap dalam pengeluara­n pinjaman.

Katanya, keadaan itu sekali gus mencermink­an permintaan yang berterusan untuk pinjaman dalam kalangan isi rumah, terutama bagi pembelian rumah dan kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia