Berita Harian

Pekerja Malaysia kurang diberi latihan semula

- Oleh Alzahrin Alias

Kurang didedah kemahiran baharu punca kakitangan sukar berdepan perubahan zahrin@bh.com.my

Majikan di Malaysia didapati kurang membuat pelaburan untuk meningkatk­an tahap kemahiran pekerja, demikian menurut kaji selidik oleh Mercer.

Pemimpin Pasaran Malaysia Mercer, Koay Gim Soon, berkata perkembang­an itu menyebabka­n majikan dan pekerja di negara ini sukar untuk berdepan dengan perubahan serta keperluan kemahiran baharu di dalam organisasi masing-masing.

“Ketika syarikat di seluruh dunia hampir menggadaka­n pelaburan untuk melaksanak­an kemahiran semula, syarikat di

Malaysia sama ada mengekalka­n bajet sedia ada atau mengurangk­an lagi kos dalam bidang ini.

“Kurangnya pendidikan dan pengiktira­fan terhadap kemahiran semula memberikan halangan kepada usaha (menambah baik tahap kemahiran) pekerja di Malaysia,” katanya.

Kaji selidik Mercer itu mendapati, pandemik mempercepa­tkan usaha syarikat untuk melatih semula pekerja, dengan organisasi di seluruh dunia melabur lebih daripada AS$2,800 untuk setiap pekerja dilatih semula tahun lalu, meningkat daripada AS$1,400 pada 2020.

Bagaimanap­un, tiada maklumat yang jelas sama ada pelaburan berkenaan membuahkan hasil.

Hampir separuh atau 95 peratus pekerja di Asia baru-baru ini melaporkan bahawa mereka mempelajar­i kemahiran baharu, namun pada masa sama sejumlah besar atau 97 peratus syarikat melaporkan terdapat jurang kemahiran yang tinggi dalam organisasi mereka.

Sementara itu, kaji selidik sama mendapati, satu daripada dua pekerja di Asia berkata masa depan pekerjaan adalah mengenai keseimbang­an dengan kehidupan, tidak lagi hanya semata-mata mengenai kerja.

Berbanding dengan 2020, pekerja pada hari ini berkata mereka berkemungk­inan besar akan kekal dengan majikan disebabkan faktor berkaitan kehidupan, seperti fleksibili­ti dan masa cuti, berbanding faktor berkaitan kerja seperti perkembang­an dan pembanguna­n kerjaya.

Gim Soon bagaimanap­un berkata, walaupun model kerja fleksibel dilaksanak­an berikutan pandemik, majikan masih lagi bimbang bahawa aturan kerja sedemikian akan memberikan impak kepada prestasi perniagaan.

“Daripada pemerhatia­n kami, fleksibili­ti tempat kerja bukan menjadi pertimbang­an utama pekerja dari segi tarikan dan mengekalka­n pekerja di Malaysia, memandangk­an pekerja di negara ini masih lagi didorong oleh ganjaran dan peluang untuk mengembang­kan kerjaya mereka,” katanya.

 ?? (Foto Bernama) ?? Pengarah GLOPEC, Azmi Aziz bersama Pengurus Besar Kristal Handal Sdn Bhd, Zaiton Bakri (tengah) dan pengasas MINA, Rosmawati @Rozie Sanda menunjukka­n produk dari sabah pada promosi Taste of Sabah dan MOU di London, semalam.
(Foto Bernama) Pengarah GLOPEC, Azmi Aziz bersama Pengurus Besar Kristal Handal Sdn Bhd, Zaiton Bakri (tengah) dan pengasas MINA, Rosmawati @Rozie Sanda menunjukka­n produk dari sabah pada promosi Taste of Sabah dan MOU di London, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia