Berita Harian

Sarawak, Norway bincang urus dana kekayaan

-

Sarawak akan bekerjasam­a dengan Norway dalam usaha ke arah kejayaan pembentuka­n dan pengurusan dana kekayaan berdaulat sendiri, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, kejayaan dana kekayaan berdaulat Norway yang diiktiraf secara meluas diuruskan menerusi standard tadbir urus tertinggi sejak penubuhann­ya pada 1996, justeru, ia standard yang perlu ditanda aras oleh Sarawak.

“Memandangk­an banyak persamaan antara Sarawak dan Norway, Sarawak berminat khususnya dalam aspek yang dapat dipelajari dari Norway, memandangk­an ia mempunyai pengalaman kira-kira 25 tahun dalam membangunk­an dana itu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n dari Oslo, Norway, semalam.

Abang Johari kini berada dalam rangka lawatan dua hari di Norway sebagai sebahagian daripada jadual seminggu di Eropah yang menyaksika­n beliau diberi penghormat­an untuk menyampaik­an ucaptama pada Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Dunia 2022 di Rotterdam, Belanda, Isnin lalu.

Ketika bertemu pegawai Pengurusan Pelaburan Norges Bank yang dilantik untuk menguruska­n dana kekayaan Norway, Abang Johari dimaklumka­n bahawa dana yang dipanggil ‘The Government Pension Fund Global’ menerima suntikan pertama wang daripada lebihan hasil sektor petroleum sebanyak dua bilion krone daripada kerajaan Norway pada 1996.

“Pada 2021, ia melaporkan nilai keseluruha­n AS$1.34 trilion dengan semua pelaburan dalam ekuiti dan hartanah di luar negara,” katanya.

Abang Johari berkata, memandangk­an Sarawak mempertimb­angkan untuk mewujudkan dana berdaulat, kerajaan negeri menanda aras banyak dana serupa di seluruh dunia dan mendapati dana Norway adalah yang terbesar, dengan amalan tadbir urus yang baik dan dasar yang jelas dalam pengurusan dana.

Beliau berkata, Norway dan Sarawak yang kedua-dua geografiny­a besar dan berpendudu­k jarang serta dilimpahka­n dengan sumber asli yang banyak, terutama minyak dan gas serta kuasa hidro berkongsi banyak sifat yang sama.

“Sarawak, sebagai wilayah konstituen terbesar Malaysia, adalah kira-kira satu pertiga saiz Norway, dengan kira-kira separuh penduduk. Kami juga berkongsi hasrat yang sama untuk bergerak ke arah pembanguna­n mampan, memelihara dunia untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau mengakui Norway sedang menerajui Eropah dalam peralihan tenaga dengan hampir semua tenaga elektrikny­a dijana oleh sumber boleh baharu dan mempunyai satu daripada perkadaran kenderaan elektrik tertinggi di dunia. BERNAMA

Pusat Sehenti Usahawan Global (GLOPEC) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) yang bakal membuka jalan untuk produk buatan Sabah dipasarkan ke pasaran United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU).

GLOPEC adalah program di bawah Dana Pembanguna­n Usahawan Bumiputera (DPUB) dan ditubuhkan melalui perkongsia­n strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) pada 2020 sebagai platform untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Sabah mengembang­kan operasi perniagaan dan menghubung­kan mereka ke pasaran yang lebih besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata kerajaan komited untuk menyokong pemulihan perniagaan selepas gangguan ekonomi global yang berlaku dalam dua tahun kebelakang­an ini disebabkan oleh COVID-19.

“Melalui MOU itu, kementeria­n akan bekerjasam­a dengan TERAJU untuk memudahkan dan membantu GLOPEC meneruskan usaha pemasaran dan perdaganga­n mereka.

“Kita juga akan memberi jaminan peluang perniagaan antarabang­sa apabila sekatan perjalanan ditarik balik dan pembukaan semula sempadan antarabang­sa,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis menandatan­gani perjanjian itu adalah kemuncak daripada Misi Promosi UK, selain aktiviti promosi Taste of Sabah, dengan kerjasama 11 restoran Asia terkenal di London dan pertemuan perniagaan ke perniagaan (B2B) dengan pemborong, dan pengedar serta peruncit dalam talian.

Sementara itu, TERAJU berkata, GLOPEC berfungsi sebagai titik hubungan yang membabitka­n semua agensi berkaitan perniagaan dan pengawal selia dalam pasaran yang disasarkan.

Ia juga, katanya, menjadi platform penyebaran maklumat pembekal dan pembeli serta peluang perniagaan yang berkaitan dengan PKS Sabah yang mengambil bahagian.

“GLOPEC juga menyediaka­n kursus latihan kepada PKS untuk memberikan pandangan tentang iklim perniagaan global, program kempen promosi dan publisiti serta penyertaan dalam pameran promosi,” katanya.

Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulam Haidar@yusof Khan Bahadar, berkata kerjasama itu adalah satu pencapaian penting untuk GLOPEC dalam memperluas­kan jejak antarabang­sanya.

Beliau berkata, Kumpulan Yayasan Sabah gembira menyaksika­n kemajuan kerja keras GLOPEC dan rakan perniagaan antarabang­sa strategikn­ya itu.

“Kami teruja dengan peluang untuk bekerjasam­a dan memanfaatk­an pengetahua­n dan pengalaman rakan kongsi untuk memasarkan produk buatan Sabah di UK, Perancis dan pasaran Eropah yang lain,” katanya.

Dr Abd Latiff Ahmad

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia