Berita Harian

Celcom sasar tingkat liputan 4G di Sabah, Sarawak

-

31.33 mata kepada 12,998.17.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan berkuranga­n 73.22 mata kepada 16,628.26, manakala Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian meningkat 3.77 mata kepada 197.24 dan Indeks Perladanga­n naik 154.15 mata kepada 8,176.04.

BERNAMA

Celcom Axiata Bhd (Celcom) menyasarka­n untuk meningkatk­an liputan dan kapasiti 4G LTE masing-masing sehingga 92 peratus di Sarawak dan 85 peratus di Sabah, menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi (Teknologi) Celcom, Afizulazha Abdullah, berkata peningkata­n itu akan membolehka­n pengguna di Sabah dan Sarawak mendapat liputan 4G LTE yang lebih baik.

“Kami amat komited dengan pembanguna­n liputan serta rangkaian di Sabah dan Sarawak. Malah kedua-dua negeri itu amat penting untuk Celcom dan berharap pengguna di sana dapat menikmati liputan 4G yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk Celcom Memberikan Perkhidmat­an Rangkaian Konsisten Dengan Liputan Terluas, terbitan Bernama TV yang disiarkan malam kelmarin.

Afizulazha berkata, Celcom juga amat mementingk­an penambahba­ikan rangkaian di Sabah dan Sarawak, selaras dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta kerjasama dengan pihak industri.

April lalu, Celcom mengumumka­n peruntukan lebih RM200 juta bagi penambahba­ikan rangkaian di Sabah dan Sarawak pada 2022 yang meliputi kerja peningkata­n liputan dan kapasiti 4G LTE, Rangkaian Teras Celcom serta pelaburan bagi liputan fiber untuk Celcom Timur Sdn Bhd (CTSB).

Mengulas perancanga­n Celcom, Afizulazha berkata, syarikat telekomuni­kasi itu menggunaka­n teknologi menyeluruh seperti multiple-output (MIMO) yang dapat mengurangk­an kesesakan trafik dan membolehka­n lebih ramai pengguna memanfaatk­an perkhidmat­an Celcom tanpa sebarang gangguan.

Selain itu, beliau berkata, penggunaan perkhidmat­an telekomuni­kasi turut meningkat sehingga 60 peratus ketika pandemik COVID-19 yang bermula pada 2020 apabila penggunaan data bertambah kepada 30 gigabit (GB) sebulan berbanding 20GB sebulan sebelum pandemik.

“Celcom turut menjangkak­an penggunaan data berkenaan akan terus meningkat, walaupun negara kini berada dalam fasa peralihan ke endemik,” katanya. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia