Berita Harian

Data KDNK positif rangsang bursa

-

FBM KLCI sesi dagangan pagi menokok 11.64 peratus

Bursa Malaysia tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan pagi semalam dalam segmen positif, dipacu oleh data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangs­angkan dan unjuran ekonomi, demikian menurut penganalis­is.

Bank Negara Malaysia (BNM) pada sidang media mengumumka­n ekonomi Malaysia meningkat pada suku pertama 2022, mencatatka­n pertumbuha­n lima peratus berbanding penguncupa­n 0.5 peratus pada suku pertama 2021.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.64 peratus kepada 1,550.44 berbanding 1,538.80 ketika ditutup kelmarin.

Indeks barometer itu yang dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,545.98, bergerak stabil antara 1,541.15 dan 1,551.22 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 509 berbanding 303, manakala 388 kaunter tidak berubah, 1,043 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.43 bilion unit bernilai RM1.13 bilion.

Penganalis­is Kanan Pasaran Asia Pasifik OANDA, Jeffrey Halley, berkata ekuiti Asia mencatatka­n kenaikan semalam selepas Wall Street stabil pada akhir sesi.

Nikkei 225 Jepun naik 2.48 peratus kepada 26,386.57, Indeks Straits Times Singapura meningkat 1.10 peratus kepada 3,200.05, dan Indeks Hang Seng Hong Kong menokok 2.0 peratus kepada 19,767.36.

Dalam negara, kaunter wajaran tinggi Maybank susut enam sen kepada RM9.01 dan Public Bank turun empat sen kepada RM4.59, manakala Petronas Chemicals meningkat 11 sen kepada RM9.98, Press Metal naik 36 sen kepada RM5.16, dan Sime Darby Plantation menokok 20 sen kepada RM5.10.

Bagi saham aktif, MNC menambah satu sen kepada tiga sen, Serba Dinamik dan Yong Tai, masing-masing menokok setengah sen kepada sembilan sen kepada 10.5 sen, manakala Techna-x susut setengah sen kepada 11 sen.

Di papan indeks, FBM ACE meningkat 23.82 mata kepada 5,253.60, Indeks FBM Emas naik 73.53 mata kepada 11,026.57, Indeks FBMT 100 menokok 67.94 mata kepada 10,708.42, Indeks FBM Emas Syariah menambah 152.02 mata kepada 11,453.80, dan FBM 70 naik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia