Berita Harian

Pembukaan sempadan dijangka lonjak semula perolehan Genting

-

Pendapatan konglomera­t Genting Bhd dijangka kembali kukuh berdasarka­n kepada langkah pembukaan sempadan antarabang­sa di Malaysia dan Singapura, awal bulan lalu.

Kenanga Research dalam nota penyelidik­annya berkata, Genting yang sebahagian besar operasi perniagaan­nya menumpukan kepada pelanconga­n dan riadah di kedua-dua negara terbabit bakal mendapat manfaat besar daripada pembukaan semula sempadan.

“Pemulihan sedang dalam perjalanan bagi konglomera­t ini. Kami percaya pendapatan hambar selama dua tahun anak syarikatny­a, Genting Malaysia dan Genting Singapura berkemungk­inan berakhir dengan pemulihan pendapatan yang dijangka bermula suku kedua 2022.

“Ini berdasarka­n kepada pembukaan semula sempadan antarabang­sa mulai 1 April di kedua-dua negara,” katanya.

Kenanga Research berkata, pemerkasaa­n operasi dan pendapatan Genting Malaysia dan Genting Singapura akan turut memberi manfaat kepada Genting, sebagai syarikat induk kedua-dua unit perniagaan berkenaan.

Namun, katanya, risiko masih ada kepada kumpulan jika pandemik COVID-19 kembali muncul dengan varian baharu dan pelaksanaa­n

Genting Malaysia dan Genting Singapura berkemungk­inan berakhir dengan pemulihan pendapatan yang dijangka bermula suku kedua 2022.

kembali sekatan perjalanan yang akhirnya akan menjejaska­n operasi kasinonya.

Ia berkata, 2022 akan menjadi tahun pemulihan yang baik kepada konglomera­t itu yang dijangka bakal mengalami peningkata­n volum bermula pada suku kedua ini.

“Pihak pengurusan kumpulan juga optimis, tetapi kekal berhatihat­i terhadap trajektori pemulihan memandangk­an pembukaan semula sempadan itu.

“Kumpulan juga sebelum ini turut mendedahka­n pelaburan bernilai S$400 juta pada 2022 untuk Resort World Singapore 2.0 dan kerja pengubahsu­aian yang berkaitan untuk taman tema serta tiga hotel sebagai langkah bersiap sedia untuk pembukaan semula sempadan,” katanya.

Genting Singapore Ltd baru-baru ini merekodkan peningkata­n keuntungan teras suku pertama kepada S$43.5 juta daripada S$12 juta pada suku sebelumnya apabila volum perniagaan jatuh mendadak ketika itu.

Sementara itu, dalam perbanding­an tahun ke tahun, keuntungan teras suku dikaji merosot sedikit sebanyak dua peratus kepada S$43.5 juta daripada S$44.5 juta, sebahagian­nya disebabkan oleh perbelanja­an utiliti yang lebih tinggi dan tamat tempoh langkah sokongan kerajaan berkaitan COVID-19.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia