Berita Harian

Moscow mula sekat bekalan gas ke Eropah

-

London: Moscow melaksanak­an sekatan ke atas saluran paip Yamal milik Poland yang membawa gas Russia ke Eropah, selain saluran paip Jerman bagi penghantar­an gas ke Eropah, yang dibekalkan pengeluar Russia, Gazprom.

Kesemua entiti itu, yang disenaraik­an di laman sesawang pemerintah Russia, sebahagian besarnya berpangkal­an di negara yang mengenakan sekatan ke atas Russia kerana menceroboh Ukraine, kesemuanya negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

Kesan sepenuhnya daripada langkah ke atas negara berkenaan, yang membeli satu pertiga keperluan gas dari Russia, belum dapat dirasai setakat ini.

Aliran gas Russia ke Eropah melalui Ukraine jatuh 25 peratus selepas Kyiv menghentik­an penggunaan laluan transit utama, menyalahka­n gangguan disebabkan penceroboh­an tentera Russia, buat pertama kali sejak konflik bermula.

Ukraine kekal sebagai laluan transit utama untuk gas Russia ke Eropah walaupun selepas Moscow melancarka­n apa yang dipanggil ‘operasi ketenteraa­n khas’.

Titik transit yang sudah ditutup itu biasanya mengendali­kan kira-kira lapan peratus daripada aliran gas Russia ke Eropah.

Gazprom, yang dikawal Kremlin dan mempunyai monopoli ke atas eksport gas Russia melalui saluran paip, berkata ia masih menghantar gas ke Eropah melalui Ukraine tetapi jumlahnya hanya 72 juta meter padu sekarang, turun daripada 95.8 meter padu sebelum ini.

GTSOU, yang mengendali­kan sistem gas Ukraine, semalam berkata ia akan menangguhk­an aliran gas melalui titik transit Sokhranivk­a, yang dikatakan menghantar hampir satu pertiga bahan api yang disalurkan dari Russia ke Eropah melalui Ukraine.

Katanya, ia mengisytih­arkan klausa ‘force majeure’, yang digunakan apabila perniagaan dilanda sesuatu di luar kawalannya dan akan mengalihka­n penghantar­an Eropah ke laluan lain iaitu pintu masuk Sudzha, yang terbesar daripada dua titik persimpang­an Ukraine.

Saluran paip gas melalui titik Sokhranivk­a melalui wilayah Lugansk di Ukraine, yang sebahagian­nya dikawal oleh pejuang pemisah pro-russia, manakala Sudzha terletak lebih jauh ke barat laut.

Gazprom, pada Selasa lalu berkata, adalah ‘tidak mungkin dari segi teknologi’ untuk mengalihka­n semua gas terbabit ke laluan Sudzha, seperti yang dicadangka­n oleh GTSOU.

Data yang diberikan oleh Gazprom kelmarin mencadangk­an hanya Sudzha digunakan.

AGENSI

 ?? ??
 ?? ?? Adina Valean
Adina Valean

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia