Berita Harian

Korea Utara sahkan kes kematian pertama

-

Penularan COVID-19

187,000 dirawat, kes merebak dengan pantas

Seoul: Korea Utara buat pertama kali mengesahka­n satu kematian akibat COVID-19 di negara itu, manakala lima lagi kematian sedang diuji bagi coronaviru­s itu ketika lebih 350,000 pendudukny­a menerima rawatan bagi simptom demam.

Pandemik itu dilaporkan merebak dengan begitu pantas di negara yang kekurangan keupayaan ujian COVID-19 dan setakat ini gagal mengenal pasti punca demam yang menjangkit­i begitu ramai penduduk.

Wabak itu dikhuatiri mengakibat­kan kesan amat buruk di negara yang sememangny­a mempunyai sistem penjagaan kesihatan lemah, manakala sebahagian besar daripada 25 juta rakyatnya tidak divaksin dan kekurangan zat.

Agensi berita KCNA melaporkan, kira-kira 187,000 orang kini dirawat di pusat kuarantin selepas penularan jangkitan bermula di seluruh Korea Utara sejak akhir April lalu.

Dianggarka­n 350,000 penduduk menunjukka­n gejala seperti demam, termasuk 18,000 yang dilaporkan mempunyai tanda sama kelmarin.

Sehingga kini, 162,200 daripada jumlah itu sudah menerima rawatan, namun tidak dapat di

Seorang lelaki di Seoul menonton berita mengenai penularan COVID-19 di Korea Utara.

pastikan berapa jumlah yang positif COVID-19.

Menurut KCNA, sekurang-kurangnya enam orang yang mempunyai gejala demam, dengan seorang daripadany­a disahkan maut akibat varian Omicron.

Sehubungan itu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengisytih­arkan perintah berkurung di seluruh negara.

Beliau turut mengkritik sistem pencegahan yang dilakukan oleh negara itu sebagai ‘tidak cekap’ berikutan jangkitan yang berlaku.

Justeru, beliau mengarahka­n semua penduduk yang demam diberi rawatan dan perlu menjalani kuarantin bagi membendung penularan.

Jangkitan COVID-19 secara tidak langsung memberi tamparan hebat buat Pyongyang yang selama ini menganggap mereka ‘kebal coronaviru­s’, selain tidak menjalanka­n program vaksinasi.

Masalah itu dijangka memburukka­n lagi krisis kekurangan bekalan makanan yang dihadapi Korea Utara, malah terdapat pandangan menyatakan tidak mustahil jika negara itu sekali lagi berdepan krisis kebuluran.

Sementara itu, Korea Selatan dilaporkan merancang untuk menyediaka­n vaksin COVID-19 dan bekalan perubatan kepada Korea Utara.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Pejabat Presiden Yoon Sukyeol, semalam, sehari selepas Korea Utara mengesahka­n penularan pertama COVID-19 di negara berkenaan.

“Kita akan membincang­kan perincian pelan bantuan dengan Korea Utara,” kata jurucakap Suk-yeol dalam satu kenyataan.

REUTERS

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia