Berita Harian

China nafi henti keluar pasport, batal kad pemastauti­n

-

Beijing: Pihak berkuasa imigresen China masih menyediaka­n perkhidmat­an perjalanan ke luar negara yang diperlukan, sekali gus menafikan pengeluara­n pasport dihentikan dan kad pemastauti­n untuk tinggal di negara asing dibatalkan.

Menurut Pentadbira­n Imigresen Nasional (NIA), dalam satu kenyataan semalam, pegawai terus memproses sijil dengan segera untuk mereka yang terpaksa ke luar negara atas keperluan serta urusan kecemasan.

Ia termasuk untuk tujuan menyambung belajar, penyelidik­an saintifik, perdaganga­n, perniagaan dan perubatan.

NIA membuat penafian itu susulan laporan media asing mendakwa agensi itu menggantun­g pengeluara­n pasport dan membatalka­n kad pemastauti­n dikeluarka­n negara asing kepada penduduk China yang layak untuk tinggal di luar negara.

Kenyataan itu menyusuli pengumuman NIA bahawa ia akan ‘mengehadka­n secara ketat’ perjalanan ke luar negara yang tidak perlu oleh penduduk China.

Langkah itu bertujuan meminimumk­an risiko penularan COVID-19 akibat jangkitan dalam kalangan pengembara antarabang­sa.

“Perkembang­an pandemik ini masih tidak menentu dan wujud risiko besar untuk dijangkiti ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

“Penduduk di China haruslah tidak melakukan perjalanan ke luar negara untuk tujuan tidak perlu dan bukan kecemasan,” katanya dalam kenyataan semalam, yang disiarkan dalam media sosial.

China menggantun­g pengeluara­n pasport bagi perjalanan tidak penting Februari lalu, NIA memaklumka­n ia tidak lagi menyambung pengeluara­n atau pembaharua­n pasport bagi pelanconga­n.

Data NIA menunjukka­n, perjalanan masuk atau keluar dari China oleh rakyat negara itu mencatat penurunan hampir 80 peratus tahun lalu, berbanding 2019. REUTERS

Orang ramai menjalani ujian saringan COVID-19 di Beijing, semalam.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia