Berita Harian

Wickremesi­nghe kembali jadi PM Sri Lanka

-

Rajapaksa (kanan) menyapa Wickremesi­nghe ketika upacara mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu di Colombo, Sri Lanka, kelmarin.

Pelantikan veteran politik kurang disenangi, khuatir hanya jadi ‘boneka’

New Delhi: Veteran politik, Ranil Wickremesi­nghe, yang dilantik Perdana Menteri baharu Sri Lanka kelmarin, berdepan tugas sukar untuk membawa negara itu keluar daripada kemelut kewangan semasanya.

Namun, pelantikan­nya kurang disenangi sebahagian besar penduduk Sri Lanka kerana dikhuatiri hanya menjadi ‘boneka’ kerana hanya beliau saja dari partinya, Parti Bersatu Kebangsaan (UNP), wakil tunggal di Parlimen.

Beliau menggantik­an Mahinda Rajapaksa, 76, yang meletak jawatan pada Isnin lalu di tengahteng­ah pergolakan yang semakin meningkat berhubung pengendali­an kerajaan terhadap krisis ekonomi yang meruncing.

Wickremesi­nghe, 73, pemimpin Parti Kebangsaan Bersatu (UNP), mengangkat sumpah di hadapan Presiden, Gotabaya Rajapaksa di pejabat presiden.

Rajapaksa berkata, Wickremesi­nghe ‘memikul tugas yang mencabar untuk mengemudi negara melalui masa yang sangat bergelora’.

Wickremesi­nghe adalah ahli Parlimen tunggal daripada partinya dalam Parlimen 225 kerusi dan berhadapan tugas yang sukar bagi mendapatka­n sokongan untuk dasar beliau.

Ini adalah kali keenam ahli politik veteran itu menyandang jawatan perdana menteri.

Mempunyai latar belakang sebagai peguam, beliau dipilih ke Parlimen buat kali pertama pada 1977 dan menjadi menteri Kabinet pada usia 29 tahun pada 1978.

Perdana Menteri baharu itu berdepan cabaran sukar untuk meredakan kemarahan orang ramai terhadap inflasi dan kekurangan barangan keperluan serta mendapatka­n wang tunai daripada Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) bagi menstabilk­an ekonomi negara.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan ratusan orang cedera dalam keganasan yang tercetus sejak beberapa hari lalu. BERNAMA

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia