Berita Harian

Kulat ‘membiak’ dalam faraj

Elak ‘serangan’ kulat hingga jejaskan hubungan intim

-

Oleh Saadiah Ismail

Setiap wanita pastinya pernah menghadapi kegatalan pada alat sulit atau vagina, pedih akibat terlalu kerap menggaru dengan kuat yang akhirnya timbul radang pada kulit di sekitar kawasan faraj.

Meskipun keadaan itu menyebabka­n ketidaksel­esaan yang teruk, namun ia dibiarkan disebabkan perasaan malu yang menebal, lalu kesakitan itu dibiarkan sahaja dengan menganggap akan pulih sendiri.

Jika dibiarkan dari sehari ke sehari keadaan akan bertambah serius dan anda pasti tidak dapat menanggung sengsara terutama apabila keluar keputihan melampau serta bertukar warna kekuningan.

Justeru, apabila anda berhadapan situasi itu, sewajarnya segera mendapat nasihat doktor bagi mengelak ‘serangan’ jangkitan kulat (candida) yang dikenali sebagai candidiasi­s disebabkan oleh beberapa faktor tertentu.

Ganggu hubungan intim

Menurut Perunding

Obstetrik dan Ginekologi Management and Science University (MSU), Dr Noorneza Abdul Rahman, kira-kira 75 peratus wanita akan mengalami keadaan itu sekali dalam seumur hidup, manakala 45 peratus wanita pula didapati akan mengalami kegatalan yang sama sebanyak dua kali.

Katanya, walaupun jangkitan kulat pada vagina itu dilihat tidak mendatangk­an penyakit yang serius, namun secara tidak langsung ia boleh memberi impak negatif dalam rutin kehidupan harian, kesihatan dan juga hubungan suami isteri.

Apa tidaknya, seharian berada dalam keadaan kurang selesa, kesakitan akibat menggaru, bau yang tidak menyenangk­an, akhirnya mendatangk­an masalah dalam hubungan intim suami isteri.

“Jangkitan kulat pada vagina ini dilihat kerap ‘menyerang’ individu yang mempunyai imun rendah seperti wanita mengandung, pesakit diabetes, menjalani rawatan kemoterapi dan radioterap­i serta pengambila­n antibiotik terlalu lama.

“Wanita hamil umpamanya antara golongan yang kerap mendapat jangkitan ini berikutan badan mengalami perubahan hormon dan nilai ph vagina berubah menjadi semakin lembab hingga mudah kulat membiak.

“Pengambila­n antibiotik yang terlalu lama juga boleh memberi kesan penurunan kepada jumlah flora bakteria yang baik vagina hingga kulat mudah membiak,” katanya.

Silap pilih pencuci wanita

Beliau berkata, jangkitan yang berlaku disebabkan imun rendah memang tidak dapat dielakkan, tetapi jangkitan ini juga boleh berlaku akibat tidak mempunyai ilmu pengeahuan untuk menjaga kebersihan vagina.

“Sering kali kita didedahkan dengan ilmu mengenai alat pencuci wanita, namun kerap kali juga wanita tersalah dalam pemilihan produk.

“Pencuci wanita yang mengandung­i bahan kimia berupaya membunuh flora bakteria sihat pada vagina yang bertindak memastikan faraj berada dalam keadaan sihat.

“Sebaiknya pencuci wanita itu mestilah pada nilai ph 3.8 hingga lima dan bukannya terlalu berasid atau beralkali kerana dikhuatiri timbul penyakit lain pula,” katanya.

Aktif hubungan kelamin dapat jangkitan kulat

Bukan itu sahaja, pasangan yang aktif dalam hubungan kelamin juga tidak terkecuali mendapat jangkitan kulat

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia