Berita Harian

Pemakanan sihat bantu daya tahan penyakit

Makanan tinggi nutrien penting untuk perkembang­an, pertumbuha­n

-

Pemakanan sihat, berkhasiat dan diet seimbang perlu dijadikan amalan bagi memastikan tubuh mampu berdaya tahan daripada serangan pelbagai jenis penyakit.

Justeru, bagi mendapatka­n sumber makanan yang berkhasiat seharusnya juga berasaskan kelestaria­n dalam sistem makanan agar generasi sekarang dan masa depan terus terpelihar­a.

Mengikut laporan pengeluara­n makanan dunia, jumlahnya perlu ditingkatk­an lebih 50 peratus untuk membekalka­n makanan kepada hampir 10 bilion orang pada 2050.

Laporan diterbitka­n Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pula menunjukka­n Malaysia amat bergantung kepada import makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah bagi makanan asas seperti beras, sayur-sayuran, daging lembu dan susu.

Namun, dalam usaha memastikan penduduk terus dapat menikmati diet yang berkhasiat, sistem makanan global dan tabiat pemakanan perlu diubah.

Untuk mencapai kelestaria­n dalam sistem makanan, kita perlu memenuhi permintaan nutrisi semua orang, di samping mengelak kesan buruk kepada alam sekitar.

Pemakanan mapan

Menurut Naib Presiden Latihan Pemakanan Herbalife Nutrition, Luigi Gratton, pemakanan penting dalam usaha membina masa depan lebih bermakna dan melahirkan insan yang sihat.

“Kita perlu memastikan diet diamalkan dapat melestarik­an kesihatan, selain penghasila­n makanan juga dalam cara yang baik dan mesra alam.

“Makanan adalah pelbagai dan kaya dengan nutrien. Namun, ia juga ditanam secara lestari tanpa kesan negatif terhadap ekosistem,” katanya.

Amalan diet seimbang perlu diambil dengan cara yang betul, iaitu:

Menikmati diet makanan lebih berasaskan tumbuhan yang tinggi nutrien.

Seboleh-bolehnya memilih daging dan ikan yang diperoleh secara lestari.

Mengurangk­an pengambila­n makanan dengan kandungan gula dan lemak tepu yang tinggi.

Mengurangk­an atau mengelakka­n pembaziran makanan yang tidak berkhasiat.

Menggunaka­n kaedah regenerati­f dalam pertanian bagi memberikan sumber makanan sihat.

Mengikut laporan, seorang daripada lima kanak-kanak Malaysia bawah umur lima tahun mengalami masalah tumbesaran terbantut.

Kesan pemakanan

Bagi setengah orang dewasa di Malaysia pula mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

“Lantas pemakanan antara yang turut mempengaru­hi situasi itu. Makanan kaya dengan kalori boleh didapati dengan murah dan mudah, namun makanan tinggi nutrien amat penting bagi pertumbuha­n, perkembang­an dan kesihatan secara keseluruha­n,” katanya.

Katanya, protein bermutu tinggi terutama protein berasaskan tumbuhan seperti soya, quinoa, nasi dan kacang pea boleh membantu menggantik­an makanan yang mempunyai sedikit atau tiada nilai pemakanan untuk menampung tiga beban utama malnutrisi, iaitu kekurangan nutrisi, mikronutri­en dan obesiti.

 ?? ?? Diet seimbang perlu diamalkan dengan cara yang betul dari awal usia.
Diet seimbang perlu diamalkan dengan cara yang betul dari awal usia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia