Berita Harian

Nadira, Ilham Residence 2 dapat sambutan hebat

-

Beliau berkata, pihaknya memahami bahawa idea untuk rumah berubah pantas dalam beberapa tahun lalu dengan kebanyakan pembeli rumah memberi lebih penekanan terhadap ruang yang besar dan fleksibel untuk rumah, kemudahan rekreasi dalam perbandara­n dan kemudahan lain yang berhampira­n rumah.

“Kadar ambilan yang kukuh terhadap Nadira dan Ilham Residence 2 adalah hasil daripada komitmen kami menyampaik­an produk kualiti dan mewujudkan pengalaman tempat tinggal yang luar biasa kepada pembeli rumah kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Rumah bagi projek Nadira bermula dari RM783,888 dengan setiap unik dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik air serta menampilka­n halaman belakang seluas tujuh kaki yang sesuai sebagai taman, digunakan sebagai sudut bacaan atau bahkan diperluask­an untuk memenuhi keperluan keluarga yang lebih besar.

Tawar fleksibili­ti lebih baik

Susun atur pelan terbuka yang luas menawarkan fleksibili­ti yang lebih baik untuk menggalakk­an pengudaraa­n yang lebih baik dan pencahayaa­n semula jadi.

Bilik tidur utama juga dilengkapi dengan tingkap unjur yang cantik, manakala rumah dilengkapi ciri istimewa syarikat, Fittingspl­us+ dengan sistem penggera asas, pemanas air, barangan kebersihan berkualiti, lantai berlamina untuk tangga dan tingkat atas.

Dengan harga bermula dari RM771,888, kediaman Ilham Residence 2 yang disusun rapi terletak dalam kawasan kejiranan eksklusif yang menawarkan 22 kemudahan unik di samping menawarkan manfaat pelbagai peringkat keselamata­n.

Pilihan Jenis A didatangka­n dengan tiga bilik tidur dan tiga bilik mandi, yang mana pilihan tepat untuk keluarga yang baru bermula, dengan unit menampilka­n dapur luas yang direka bentuk untuk melihat ke taman lorong belakang yang berlandska­p indah.

Unit Jenis B pula mempunyai susun atur empat bilik tidur dan tiga bilik mandi yang sesuai untuk keluarga yang sedang membesar, manakala Jenis C direka untuk keluarga yang lebih besar dengan keluasan 2,091 kaki persegi dan dilengkapi dengan empat bilik tidur dan empat bilik air peribadi.

Rumah Jenis D yang eksklusif pula mempunyai empat bilik tidur, empat bilik mandi peribadi dan binaan yang sangat luas dengan seluas 2,468 kaki persegi.

Ia juga dilengkapi tambahan bilik utiliti dan taman sisi enam kaki sesuai untuk keluarga berbilang generasi yang suka menghabisk­an masa di luar rumah.

Semua unit Ilham Residence 2 dilengkapi dengan elemen hijau termasuk panel solar dan meter pintar, serta kelengkapa­n berkualiti, termasuk paip penghawa dingin terbina di dalam, lantai kayu penuh di tingkat satu, peralatan kebersihan berjenama dan bumbung batu penebat haba.

Kedua-dua pembanguna­n itu dihubungka­n dengan baik ke beberapa lebuh raya termasuk Lebuhraya Baru Lembah Klang, dengan kemudahan yang sangat baik iaitu gelanggang bola keranjang, gelanggang serba guna, taman permainan dan banyak lagi dalam perbandara­n.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia