Berita Harian

Pengendali­an sempurna Lexus ES 250

Sedan mewah penuhi citarasa tinggi

-

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Sedan mewah dengan pengendali­an paling progresif. Itu sahaja yang boleh penulis diterjemah­kan ketika memandu uji Lexus ES 250 untuk varian tertinggi, F SPORT.

Walaupun daripada aspek responsif, model ini agak kurang menyengat, namun pujian melambung tinggi boleh penulis ucapkan membabitka­n pengendali­an dan pemanduan.

Setiap kali mengambil selekoh atau memandu pada kelajuan yang tinggi, Lexus ES 250 yang diuji ini langsung tidak ‘goyang’, malah sebagai pemandu, sesiapa sahaja pasti yakin dengan jentera ini.

Sebagai contoh, ketika memandu uji keluar dari susur lebuh raya yang memiliki selekoh hampir separa ‘0’, penulis telah menggunaka­n kelajuan yang tinggi, tidak seperti kebiasaann­ya.

Namun, agak mengejutka­n, model ini langsung tidak ‘membuang’ atau olengan badan juga tidak terasa langsung.

Terima kasih kepada suspensi depan jenis Mcpherson strut dan jenis

di belakang yang memberi keselesaan dan pemanduan telah diperbaiki dengan menambah keteguhann­ya (dengan cara menambah pendakap) pada suspensi belakang.

Penyerap hentak prestasi dipasang pada F SPORT dan penyerap hentak pada casis ini menyerap bahkan gegeran kecil pada mampatan kerangka dan/atau melentur untuk membolehka­nnya memerangka­p apa-apa resonan yang mungkin menyebabka­n bunyi bising dalam kabin.

Justeru, ia memang sesuai untuk membawa ‘bos-bos’ dengan selesa walaupun ketika berada di keadaan jalan yang tidak lurus.

Pada hemah penulis, Lexus ES 250 diperkenal­kan bukannya untuk bermegah dengan kelajuan dan responsif, tetapi ia amat mementingk­an keselesaan kepada pemandu, lebih-lebih lagi penumpang.

Perincian buatan

Disifatkan sebagai antara sedan mewah eksekutif yang selalu menjadi keinginan ramai oleh kerana perincian buatan,

Lexus ES 250 F SPORT

204

Kelajuan

Hadir

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia