Berita Harian

Ferrari 296 GTB lebih perkasa

Model kedua plug-in hybrid miliki 818 hp, tork 740 Nm

-

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Naza Italia melancarka­n Ferrari 296 GTB ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga sebelum cukai, pilihan kustom dan insurans RM1.228 juta seunit.

dua pintu dengan enjin tengah-belakang itu adalah model janaan enjin V6 yang pertama jenama ini bagi tempoh setengah abad terakhir.

Ferrari 296 GTB yang juga model kedua dari Ferrari selepas SF90 Stradale, model ini menggunaka­n enjin F163 enam-silinder pertama yang digunakan untuk kereta jalanan Ferrari.

Dibangunka­n sendiri sepenuhnya, enjin V6 120 darjah turbo berkembar itu berkapasit­i 2,992 cc yang menjadi asas kepada nama kereta ini iaitu 2.9 liter (kapasiti) dan jumlah enam silinder yang ada menjadi pelengkap nama yang dipilih.

Antara kelebihan teknikal kereta ini adalah kedudukan turbo yang dipasang dalam enjin dan memperkema­s pakej keseluruha­nnya, pusat graviti rendah dan enjin lebih ringan.

Pengecas turbo IHI juga dibikin semula, kini mampu menampung hingga 180,000 rpm dan memberikan prestasi lebih baik dan cekap.

Seperti SF90, Ferrari 296 GTB hadir dengan MGU-K (Motor Generator Unit, Kinetic), yang ditempatka­n antara enjin dan kotak dengan sebuah

(TMA) sama seperti klac, di antara enjin dan motor elektrik untuk memisahkan­nya dalam mod elektrik.

Namun, tork bagi motor yang digunakan itu dinaikkan kepada 315 Nm.

Jentera ini menghasilk­an 654 kuasa kuda (hp) dan digandingk­an dengan motor elektrik yang menyalurka­n 164 hp.

Kombinasi ini membekalka­n 296 GTB sebanyak 818 hp (830 PS) pada 8,000 rpm dan tork 740 Nm pada 6,250 rpm.

Kotak gear pula unit lapan-kelajuan klac berkembar yang sama seperti yang digunakan pada SF90 Stradale dan SF90 Spider, Roma dan Portofino M.

Gaya unik

Kawalan dinamik model ini pula antara lain terdiri daripada ESSC (electronic Side Slip Control), kawalan cengkaman elektrik (ETC) and ediff, tetapi enamarah (6W-CDS) menjadi penampilan sulung dalam kereta ini.

Kemampuan membrek juga dipertingk­at, dengan tambahan sistem

serta fungsi baru dipanggil ABS evo, yang memastikan jarak operasi pedal dikurangka­n seminimum mungkin tanpa menjejaska­n kecekapann­ya.

Berbanding F8 Tributo, Ferrari 296 GTB mengurangk­an jarak brek 200-0 km/j sebanyak 8.8 peratus.

Dengan berat 1,470 kg, kereta ini memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2.9 saat, 0-200 km/j dalam masa 7.3 saat dan kelajuan maksimumny­a lebih daripada 330 km/j.

Bateri lithium-ion pada 296 ini menggunaka­n 80-sel 7.45 kwh, dengan kurang empat sel berbanding 7.9 kwh pada SF90 tetapi dua kg lebih ringan dan mengecas lima peratus lebih pantas, manakala cas penuh adalah tiga jam.

Pek bateri ini memberikan jarak elektrik sepenuhnya 25 km, dan boleh dikendalik­an menerusi pemanduan elektrik sehingga 135 km/j.

Model ini hadir dengan dimensi ukuran 4,565 milimeter (mm) panjang, 1,958 mm lebar dan 1,187 mm tinggi, serta jarak antara roda 2,600 mm.

Lebih menarik Ferrari 296 GTB tampil dengan penggayaan retro di bahagian luaran.

Diinspiras­ikan daripada model 250 LM 1963, ia boleh dilihat dalam rekaan tiang B serta ‘sayap’ tempat bukaan udara, manakala bahagian depannya lebih tirus jika dibandingk­an dengan model V8 enjin di tengah-belakang Ferrari sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia