Berita Harian

Penyerahan pertama Volvo XC40 Recharge Pure Electric

-

Volvo Car Malaysia menyerahka­n kumpulan pertama 65 unit model kenderaan elektrik (EV) penuh, Volvo XC40 Recharge Pure Electric kepada pelanggan di seluruh negara pada 23 April lalu.

Penyerahan terbabit menjadi pencapaian seterusnya syarikat berkenaan selepas langkahnya ke arah masa elektrik sepenuhnya.

Setakat 23 April lalu, Volvo Car Malaysia telah menerima lebih 300 tempahan XC40 Recharge Pure Electric dan 100 unit lagi telah diserahkan kepada pemilik baharu sehingga 30 April lalu.

Ditawarkan pada harga RM262,459.75, pelanggan boleh membuat tempahan menerusi laman web rasmi www.volvocars. com/my.

XC40 Recharge Pure Electric ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu

dan

Baru-baru ini, Volvo Car Malaysia memperkena­lkan XC40 Recharge Pure Electric ke pasaran Malaysia, menandakan secara rasmi langkahnya ke masa depan elektrik sepenuhnya.

Pengenalan model ‘cantik molek’ ini adalah sebahagian daripada wawasan global Volvo untuk menjadi syarikat elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

Pemasangan tempatan

Ia juga menandakan komitmen jitunya yang sehingga ke hari ini menjadikan Volvo sebagai satu-satunya pengeluar automotif di Malaysia yang menghasilk­an model dengan pemasangan tempatan (CKD) bagi rangkaian hibrid (PHEV).

XC40 Recharge Pure Electric adalah EV pertama Volvo di Malaysia, di mana jenama kereta mewah pertama di negara ini yang membuat pemasangan tempatan EV dalam bentuk unit CKD.

Dibina di atas platform SUV premium kecil XC40, XC40 Recharge Pure Electric menampilka­n penjana kuasa pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 kilometer (km) dalam sekali caj.

Pengenalan XC40 Recharge Pure Electric menandakan kejayaan Volvo Car Malaysia, dalam usahanya ke arah menjadi syarikat neutral-iklim menjelang 2040.

Meneruskan pencapaian bersejarah Volvo Car Malaysia, XC40 Recharge Pure Electric bagi pasaran Malaysia adalah unit CKD pemasangan tempatan.

Syarikat automotif premium itu juga akan mengekspor­t kenderaan elektrik sepenuhnya ke pasaran dalam rantau ASEAN tidak lama lagi.

Dengan keupayaann­ya memasang kereta elektrik penuh menerusi kilang pemasangan tempatan miliknya sendiri, Volvo Malaysia akan melancarka­n satu model kenderaan elektrik baru di Malaysia pada setiap tahun untuk tempoh lima tahun akan datang.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia