Berita Harian

Reda ditimpa musibah banjir

Resort milik Tiara Jacquelina dinaiki air, kejadian terburuk sejak dibuka 4 tahun lalu

-

Oleh Zaidi Mohamad

Hujan lebat berterusan Selasa lalu menyebabka­n beberapa kampung di Janda Baik, Pahang, dilanda banjir kilat, termasuk resort peranginan diusahakan penerbit dan pelakon, Puan Sri Tiara Jacquelina, iaitu Tiarasa Escapes Glamping Resort yang dinaiki air.

Dalam kejadian banjir kilat itu, antara kampung yang dilaporkan terjejas teruk dalam kejadian itu termasukla­h Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh, mengakibat­kan 42 keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat.

Menceritak­an kejadian itu,

Tiara berkata, banjir kilat menyebabka­n beberapa khemah penginapan di tepi sungai dan kolam renang dinaiki lumpur.

Berikutan kejadian tidak diduga itu, Tiara terpaksa menutup resort peranginan itu selama tiga hari hingga semalam untuk membolehka­n kerja pembersiha­n dibuat.

“Musibah banjir ini memaksa kami menghentik­an operasi kerana insiden itu memberi kesan dan gangguan kepada bekalan air.

“Kami dengan berat hati meminta tetamu mendaftar keluar dan datang semula pada lain masa untuk merasai percutian di resort ini atas faktor keselamata­n.

“Pihak pengurusan bertungkus­lumus membersihk­an kolam dan khemah berhampira­n dua sungai yang diliputi lumpur. Insya-allah, Jumaat ini (semalam), kami dijangka beroperasi semula seperti biasa,” katanya.

Pihak berkuasa perlu pantau

Tiara berkata, banjir kilat itu lebih teruk daripada kejadian sama yang pernah berlaku, Disember lalu. “Elok-elok beroperasi semula, terkena banjir kilat lagi. “Sepanjang empat tahun kami beroperasi dan mengikut sejarah di Janda Baik, kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Insiden ini sangat menyayat hati, mengecewak­an dan sangat sukar dihadapi,” katanya.

Namun, Tiara bersyukur Tiarasa tidak berdepan kerosakan teruk seperti beberapa resort dan penginapan lain di Janda Baik.

“Rasa sedih sangat apabila saya lihat video dan foto penginapan lain yang hanyut di bawa arus, ditenggela­mi air dan lumpur.

“Tabahlah komuniti Janda Baik,” katanya.

Sentiasa prihatin terhadap usaha memulihara alam sekitar, Tiara berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

“Saya harap pihak berkuasa memeriksa dan memantau aktiviti haram dan tidak bertanggun­gjawab yang dilakukan hingga boleh memberi kesukaran kepada kami dan komuniti di Janda Baik,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia