Berita Harian

Dana industri kreatif bantu rakam lagu 3 bahasa

-

Sudah namanya rezeki, bakat baharu, Suzanne Low, 24, mendapat tawaran merakamkan lagu

dalam tiga versi iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Mendapat sokongan Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH); Agensi Pembanguna­n Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA); Mycreative; Rusa Entertainm­ent dan Universal Music, Suzanne muncul artis R&B trilingual pertama negara yang mahu ‘terbang’ tinggi meneroka dunia muzik.

Sejak berusia lima tahun, anak jati Pulau Pinang ini mula menunjukka­n kecenderun­gan dalam dunia muzik. Ketika itu, Suzanne ‘pantang’ berada dalam kereta dipandu ibu kerana suka menyanyi mengikut alunan lagu kegemaran diputarkan di radio.

Meniti usia remaja, pada 2018, Suzanne yang juga anak bongsu dua beradik, mencuba nasib menyertai pertanding­an nyanyian

dan di Shanghai,

China.

Tahun lalu, bakat Suzanne dikesan pasangan suami isteri, Yu Heng dan Jimbo. Lantas gadis ini ditawarkan bernaung di bawah Golden Shore Entertainm­ent Sdn Bhd dan merakamkan lagu

Suzanne berkata, dia mula mengatur strategi dan bersiap sedia meneroka arus perdana dunia muzik Melayu dengan kelompok pendengar besar.

“Sebelum ini, saya merakamkan dua lagu Mandarin berjudul

dan

“Saya beruntung kerana projek single lagu ciptaan Yu Heng disokong pelbagai pihak,” katanya ketika ditemui pada acara santai

baru-baru ini. di Bangsar,

Belajar nyanyi di lounge

Suzanne berkata, lirik lagu versi bahasa Melayu dihasilkan Slen Fadzil. “Versi bahasa Inggeris pula ditulis JJ Neo, manakala lirik dalam bahasa Mandarin dipertangg­ungjawabka­n kepada San San dengan judul katanya.

Ditanya mengapa usahanya merakamkan lagu dalam tiga versi tidak dikemukaka­n kepada pengurusan Malaysia Book of Records (MBR) untuk diiktiraf, Suzanne berkata: “Kalau ada rezeki ke arah itu, saya pasti gembira,” katanya.

Suzanne atau nama sebenar, Low Suxian mengaku menggemari karya muzik Seniman Agung, Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee dan Datuk Sheila Majid.

“Saya belajar menyebut istilah Melayu dengan betul melalui dendangan lagu P Ramlee, Sheila Majid, Jaclyn Victor dan artis dari Indonesia.

“Sehubungan itu, usaha menyanyika­n lagu bukanlah mudah... umpama menjerut diri. Namun, saya cabar kemampuan untuk tidak terus berada dalam zon selesa,” katanya yang teringin merakamkan semula lagu dendangan idolanya, Sheila.

Sejak dua tahun lalu juga, Suzanne sudah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman sebagai penyanyi kelab malam dan lounge.

Lagu

bergenre R&B dan soul diedarkan ke semua platform digital pada sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari lalu.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia