Berita Harian

Harapan Chelsea, impian Liverpool

-

Final Piala FA

Blues mahu tebus kecewa, The Reds di landasan 4 trofi

London: Liverpool akan memastikan pemburuan empat trofi mereka 'bernyawa' pada aksi final Piala FA menentang Chelsea yang mahu mengalu-alukan kedatangan pemilik baharu, Todd Boehly dengan kemenangan di Wembley.

Anak buah Jurgen Klopp itu akan mengharung­i empat lagi perlawanan dalam misi mencipta sejarah sebagai pasukan Inggeris

pertama memenangi empat trofi utama dalam satu musim.

Mereka menundukka­n Chelsea untuk menjulang Piala Liga pada Februari dan mara ke final Piala FA serta final Liga Juarajuara berdepan Real Madrid pada 28 Mei.

Tiada kelab Inggeris yang hampir sedekat ini untuk menyapu bersih semua trofi namun harapan The Reds untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) tampak kian pudar.

Manchester City berkelebih­an tiga mata mengatasi mereka dan sekiranya mereka gagal memenangi gelaran liga, setidaktid­aknya dua lagi trofi yang masih tinggal boleh menjadi pengubat kedukaan.

Liverpool dan Chelsea adalah pasukan Inggeris pertama yang berentap di dua final domestik pada tahun yang sama sejak Arsenal dan Sheffield Wednesday melakukann­ya pada 1993.

Namun memasuki perlawanan ke-60 mereka pada musim ini, keletihan akan menjadi ‘musuh’ paling utama kepada impian Liverpool untuk memenangi Piala FA buat kali pertama sejak 2006.

Bagi memastikan anak buahnya kekal segar, Klopp melakukan beberapa perubahan berdepan Aston Villa namun kehilangan pemain tengah, Fabinho susulan kecederaan untuk aksi final ini.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson mengharapk­an satu lagi aksi terbaik dapat diperagaka­n rakan sepasukann­ya di Wembley nanti.

“Semakin jauh kita pergi, semakin penting dan sengit perlawanan yang akan kita hadapi. Kita menggunaka­n semua pemain yang ada dan mereka menunjukan persembaha­n yang baik (menentang Villa).

“Itulah bola sepak dan akan ada turun naiknya. Anda perlu sentiasa berikan yang baik dan pemain sudah melakukann­ya untuk jangka masa yang panjang. Mereka sangat mengagumka­n.

“Teruskan bersatu pada detik yang penting dan kita akan mendapat ganjaranny­a nanti. Ayuh bersedia untuk perlawanan penting,” katanya.

 ?? ?? Mohamed Salah
Romelu Lukaku
Mohamed Salah Romelu Lukaku

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia