Berita Harian

Regu negara diratah Thailand

-

Sepak takraw

Hanoi: Seperti dijangka skuad sepak takraw lelaki negara gagal mengatasi musuh tradisinya, Thailand dalam acara berpasukan apabila tunduk 3-0 pada saingan di Dewan Sukan Daerah Hoang Mai di sini, semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksika­n mereka kini hanya fokus untuk sekurang-kurangnya meraih perak dengan syarat mampu mengatasi cabaran tuan rumah, Vietnam.

Aksi serba tidak menjadi skuad lelaki negara bermula babit regu pertama lagi apabila Zarif Marican Ibrahim Marican, Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Afifuddin Razali tumpas 4-21, 19-21 kepada Phutawan Sopa, Pattarapon­g Yupadee dan Sittipong Khamcan.

Hasrat melihat regu kedua melakukan keajaiban berdepan gandingan ‘otai’, Porchai Kaokaew, Yotsawat Uthaijaron­sri dan Pornthep Tinbangbon tidak kesampaian apabila Muhammad Faisal Mohd Fuad, Norfaizzul Abd Razak dan Muhammad

Norizat Nordin tunduk 16-21, 11-21.

Dalam aksi regu ketiga masing-masing cuba untuk membuat beberapa perubahan dan percaturan ketika di pertengaha­n saingan apabila Malaysia yang pada mulanya menurunkan Muhammad Haziq Hairul Nizam sebagai tekong memberi laluan kepada Zuhri Muhammad Zin, sebelum kembali kepada percaturan asal.

Pemain killer, Redwan Hakim Muhammad pula pada mulanya diberi peluang beraksi sebelum digantikan dengan Muhammad Eqbal Shamsuddin, manakala feeder, Muhammad Zulhasni Basri yang berusia 17 tahun kekal sehingga tamat saingan yang menyaksika­n mereka tumpas kepada regu Jirasak Pakbuangoe­n, Rachan Viphan dan Kritsanapo­ng Nontakote (Wichan Temkort 9-21, 7-21.

Pengendali skuad sepak takraw kebangsaan, Abdul Talib Ahmad berkata regu pertama dan kedua sudah menunjukka­n semangat untuk memberi tentangan

Abdul Talib Ahmad kepada Thailand namun dari segi kemahiran permainan ia jelas memihak kepada pasukan lawan.

“Disebabkan kesilapan kecil, jurang mata kita agak jauh pada set pertama regu pertama. Set kedua harus diberi pujian kepada mereka kerana mampu bersaing sebelum tumpas 19-21.

“Regu kedua pula pada mulanya nampak ada bagi saingan, disebabkan ada sedikit kelonggara­n di bahagian pertahanan nampak jelas Thailand memberi tumpuan ke arah itu. Mereka juga bukan saja mantap dari segi serangan malah pertahanan,” katanya.

Renang

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia