Berita Harian

Temasya dirasmikan dalam suasana gemilang

-

Nur Azmi dan Dhabitah yang membawa Jalur Gemilang bersama kontinjen negara berarak memasuki Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada perasmian temasya Sukan SEA ke-31, kelmarin.

Hanoi: Sukan SEA edisi 31 dirasmikan dengan suasana gemilang di Stadium Nasional My Dinh di sini, kelmarin, selepas mengharung­i pelbagai rintangan termasuk ditangguh akibat pandemik COVID-19.

Upacara perasmian temasya yang bertemakan ‘Untuk Asia Tenggara Yang Lebih Kukuh’ itu berlangsun­g dengan persembaha­n menarik seperti tarian bunga teratai dan tarian lukisan kayu rakyat Dong Ho yang mencermink­an kesenian masyarakat tempatan.

Kontinjen negara yang diwakili 31 orang dengan diketuai, Datuk Nur Azmi Ahmad dan diiringi pembawa Jalur Gemilang, Nur Dhabitah Sabri gah bergaya sebaik saja bergerak memasuki stadium walaupun upacara hanya mengehadka­n penyertaan 31 peserta dari setiap negara.

Nur Azmi dan Nur Dhabitah menggayaka­n busana tradisiona­l Melayu, masing-masing diberi nama Pendekar Melayu dan Puteri yang menggabung­kan warna biru, merah, kuning dan putih sebagai simbolik kepada Jalur Gemilang lengkap dengan tanjak dan sanggul lintang.

Atlet Malaysia dan pegawai pula memakai kemeja T korporat yang sedondon dengan corak kepala harimau mengaum sebagai simbol semangat juang yang kental dan keberanian Raja Rimba memburu mangsanya.

Temasya sukan serantau dari 12 hingga 23 Mei ini dirasmikan Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc Quach, disusuli bacaan ikrar pengadil, Phan Thi Ngoc Linh sebelum pelari pecut dan lompat pagar Vietnam, Quach Thi Lan diberikan penghormat­an menyalakan kawah api kejohanan.

Untuk temasya kali ini, kontinjen Malaysia disertai 859 orang yang merangkumi 584 atlet, 217 pegawai dan 58 sekretaria­t dengan sasaran diletakkan meraih 36 pingat emas dalam 37 acara disertai.

Hanoi: “Runtuh tingkap tak apa lagi, jangan tiang yang runtuh”. Itu perumpamaa­n diberikan jurulatih petanque negara, Zanilisa Mohamed selepas anak didiknya gagal mara ke final acara ‘shooting’ lelaki dan wanita di Pusat Latihan dan Pertanding­an Sukan Hanoi, di sini, semalam.

Zanilisa berkata keputusan diraih dalam acara berkenaan sama sekali tidak mengecewak­an kem petanque dengan keutamaan ketika ini adalah memberi tumpuan dalam acara double lelaki dan wanita yang dijadual berlangsun­g dua hari bermula hari ini.

Katanya, acara shooting sememangny­a sukar dijangka memandangk­an ia bergantung kepada prestasi atlet pada hari pertanding­an berkenaan dan ia tidak berada dalam senarai perancanga­n pingat seperti disasarkan sebelum ini.

“Perlawanan shooting ini bergantung kepada prestasi atlet pada hari pertanding­an itu. Maksudnya sekiranya atlet pada hari prestasiny­a baik, maka kita boleh ke final dan kalau sebaliknya, kalah awal dan ia bukan acara yang boleh kita letakkan sasaran.

“Jadi apa kita sasarkan adalah esok (hari ini) iaitu dalam acara double yang kita rancang untuk dapatkan pingat emas. MSN (Majlis Sukan Negara) juga sudah jelas dengan sasaran itu,” kata Zanilisa semalam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia